Isnin, 1 Julai 2024

GERAKAN ANTI ANWAR


Perhimpunan anti-Anwar tidak beri kesan pada PRK Sg Bakap, kata Saifuddin


PERHIMPUNAN “Rakyat Tolak Anwar” di Putrajaya semalam tidak akan menjejaskan momentum kempen jentera Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, lapor Bernama.

Beliau berkata perhimpunan itu sebaliknya menunjukkan penghormatan Malaysia terhadap hak orang ramai untuk berhimpun secara aman dan mengkritik kerajaan.

Beliau juga berkata ia menggambarkan peluang setiap orang untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa gangguan.

“Kebebasan yang mereka nikmati hari ini adalah bukti bahawa di bawah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pendekatan Madani, peluang disediakan untuk menghormati hak setiap rakyat,” katanya di Sungai Bakap pada Sabtu.

Petang semalam, kira-kira 250 peserta berpakaian hitam berkumpul di kawasan parkir Kompleks Seri Perdana bagi menyampaikan lapan tuntutan kepada kerajaan termasuk pemberian semula subsidi diesel dan pencegahan kenaikan harga petrol RON95 dan gas. – 30 Jun, 2024.

KES INI 

ADA DUA PERKARA

AMIN

PERTAMA KALAU

TAKDA KESAN

KENAPA PERLU

MENTERI KDN

CAKAP TAKDA

KESAN

KAH KAH KAH

KEDUA

JIKA TAKDA KESAN

KENAPA ANWAR

TAK TURUN KEMPEN

DI SUNGAI BAKAP

KAH KAH KAH

WAT IS DE BEKOS

I RES MI KE MI LOD

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan