Anwar ada 3 tahun elak jadi seperti Rishi Sunak, kata ahli politik PKR
AHLI Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata PKR mempunyai kurang dari tiga tahun untuk mengelakkan Anwar Ibrahim berdepan nasib serupa bekas perdana menteri United Kingdom, Rishi Sunak.
Dalam satu kenyataan Hassan menyeru Putrajaya untuk membina naratif yang betul dan menyokong kata-katanya dengan tindakan agar rakyat dapat menampung kehidupan mereka tanpa terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat.
“Apabila inflasi berkurang dan upah pekerja meningkat, mungkin sebahagian besar rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 akan mengambil sikap yang lebih mesra serta menyokong PKR, PH dan kerajaan Madani,” katanya.
Komen Hassan itu dibuat susulan kekalahan kerajaan perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Sabtu lalu.
Abidin Ismail dari Perikatan Nasional (PN) meraih 14,489 undi memenangi kerusi dengan majoriti 4,267 undi berbanding Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 10,222 undi.
PN mengekalkan kerusi dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihan raya negeri tahun lalu.
Dalam pilihan raya negeri tahun lalu, Nor Zamri Latiff dari PN memenangi kerusi dengan majoriti 1,563 undi menentang Nurhidayah Che Rus dari PN.
PRK ini diadakan susulan kematian Nor Zamri pada 24 Mei.
Hassan berkara kekalahan kerajaan perpaduan dalam PRK Sungai Bakap semalam juga disebabkan oleh isu-isu nasional terutamanya impak penyesuaian subsidi diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam beberapa bulan terakhir.
“Saya cuba menyokong calon Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan dalam isu subsidi diesel. Namun, ucapan saya kurang menarik. Saya lihat penyokong PH sendiri nampak defensif mengenai isu subsidi diesel,” kata ahli politik Pasir Gudang itu.
Hassan berkata pendirian Anwar yang berani dan lantang di pentas antarabangsa dalam mempertahankan Palestin mengukuhkan kedudukannya di mata orang Melayu di Malaysia yang mempunyai ikatan emosi dan sentimental dengan umat Islam di Palestin.
Beliau berkata untuk sesaat pendirian tersebut kelihatan meningkatkan imejnya dalam kalangan komuniti tersebut.
“Namun, ia mula jatuh apabila Anwar yang juga menteri kewangan dan pengerusi Khazanah Nasional bersetuju untuk menjual sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).
“GIP dijangka akan diambil alih oleh BlackRock, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa dari Amerika Syarikat yang menyokong kuat rezim Israel,” tambahnya. – 7 Julai, 2024.
Apa jasa budak jaga lembu kpd negara. Jaguh negara dalam acara berkokok supaya bos kesian bagi jawatan. Jasa budak hitam pula, jaguh mencarut negara kah kah kah
BalasPadam