Rabu, 10 Julai 2024

KERUSI 6 JAHANAM KEKAL



Kerusi 6 bekas ahli Parlimen Bersatu kekal, kata speaker

ENAM bekas Ahli Parlimen Bersatu akan kekal dengan kerusi mereka, kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Muhyiddin berkata Bersatu menerima surat daripada Johari petang semalam menyatakan kerusi-kerusi tersebut akan kekal.

Enam ahli Parlimen tersebut sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bertentangan dengan pendirian parti sebagai pembangkang.

“Keputusan ini sangat mengecewakan kami kerana ia bertentangan dengan peruntukan jelas dalam Perkara 49a, Seksyen 3 Perlembagaan Persekutuan,” kata Muhyiddin.

Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

“Peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat itu hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik.

“Tafsiran songsang telah dibuat berikutan keputusan lima ahli Parlimen yang melanggar perlembagaan parti selaras dengan Akta dan peruntukan yang sedia ada.

“Jelas enam Ahli Parlimen terhenti keahlian dan dengan jelas ditafsir dalam Perlembagaan Bersatu yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

“Keputusan Speaker bertentangan dengan peruntukan undang-undang dan bertindak di luar bidang kuasanya,” kata Muhyiddin kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata Bersatu akan berunding dengan peguamnya dan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Speaker jika perlu. – 10 Julai, 2024.


MUSTAHIL

MADANON NAK

TIKAM DIRI

SENDIRI

AMIN

KALAU ADA YB PH

YANG NAK  LARI

DARI ZAHID

INILAH MASANYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan