Khamis, 11 Julai 2024

LAGI DI LARANG LAGI COOL


Salah guna dadah kalangan belia Singapura melonjak


SINGAPURA: Enam belas pengguna dadah berusia 16 tahun ke bawah ditahan di negara ini antara Januari hingga April lalu, kata Menteri Negara (Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Angka berkenaan mencatatkan lonjakan ketara berbanding keseluruhan 24 tangkapan membabitkan kelompok usia dan kes sama, sepanjang 2023.

Menyuarakan kebimbangan mengenai lonjakan trend negatif penggunaan dadah dalam kalangan remaja itu, Muhammad Faishal berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi membanteras isu terbabit.


"Ibu bapa perlu memainkan peranan penting kerana mereka adalah golongan utama yang mempengaruhi dan berkuasa ke atas anak masing-masing," katanya ketika berucap di Seminar Pelan Kerja 2024 di Ekspo Singapura, di sini, semalam.

Muhammad Faishal berkata lonjakan kes salah guna dadah berpunca akibat sikap belia, biarpun Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura berjaya mengawal isu berkenaan di peringkat tempatan.

Katanya, Tinjauan Persepsi Dadah Kebangsaan terkini mendapati dua daripada 10 dewasa bersetuju atau berkecuali mengenai kenyataan, 'pengambilan dadah adalah baik, selagi tidak membahayakan orang lain'.

"Golongan belia mengambil pendirian penyalahgunaan dadah adalah pilihan peribadi, justeru ia boleh diterima," katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Faishal menegaskan penerimaan lebih meluas terhadap penggunaan dadah dalam kalangan belia sambil memetik kajian terkini dengan 79 peratus belia, berbanding 91 peratus golongan dewasa, bersetuju ganja perlu kekal diharamkan di Singapura.

Katanya, sebahagian besarnya disebabkan pendedahan belia kepada maklumat salah secara dalam talian selain pihak asing mempromosikan pandangan lebih terbuka berkaitan dadah, sekali gus menggalakkan penerimaan.

UNTUK ANAK

MUDA LAGI

DILARANG LAGI

COOL

AMIN

INI CARA 

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

AMIN

YANG INI GAMIN

TAK FAHAM

AMIN

GUA BERGANJA

GUA COOL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan