Rabu, 10 Julai 2024

MAKANAN JADI SENJATA



Korban kanak-kanak meningkat di Gaza akibat 'kempen kebuluran' Israel - PBB


GENEVA: Pakar hak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel menjalankan 'kempen kebuluran bersasar' hingga mengakibatkan peningkatan kematian kanak-kanak di Gaza sejak kebelakangan ini.

"Kami mengisytiharkan bahawa Israel melakukan 'kempen kebuluran yang disengajakan dan disasarkan' terhadap rakyat Palestin.

"Ini adalah satu bentuk keganasan, pembunuhan beramai-ramai dengan mengakibatkan kebuluran di seluruh Gaza," menurut 10 pakar bebas PBB dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, badan dunia itu masih belum mengisytiharkan kebuluran di Semenanjung Gaza secara rasmi.

Namun, pakar, termasuk pelapor khas PBB mengenai hak makanan, Michael Fakhri, tidak menafikan kebuluran dan kematian akibatnya sedang berlaku.

"Seramai 34 rakyat Palestin meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan sejak 7 Oktober, majoritinya kanak-kanak," menurut pakar yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB, tetapi tidak bercakap bagi pihak PBB.

Kenyataan mereka segera diselar oleh misi Israel ke PBB di Geneva, yang mendakwa bahawa Fakhri termasuk antara 'pakar' yang sering mengeluarkan kenyataan, seperti biasa menyebarkan maklumat yang salah.

Malah, misi Israel itu juga menyamakan mereka sama seperti penyokong propaganda Hamas dan melindungi pertubuhan pengganas daripada diteliti pihak berkuasa.

Sementara itu, pakar PBB menyenaraikan tiga kanak-kanak yang meninggal dunia baru-baru ini adalah 'akibat kekurangan zat makanan', selepas beberapa yang lain dikatakan mati kelaparan di utara Gaza awal tahun ini.

"Fayez Ataya, 6 bulan, meninggal dunia pada 30 Mei; Abdulqader Al-Serhi, 13, meninggal dunia pada 1 Jun di Hospital Al-Aqsa di Deir Al-Balah, manakala Ahmad Abu Reida, 9, meninggal dunia hanya dua hari kemudian di dalam khemah yang melindungi keluarganya di Al-Mawasi, Khan Younis.

"Kematian kanak-kanak ini disahkan akibat kebuluran, meskipun diberi rawatan perubatan di tengah Gaza, maka tidak ada keraguan bahawa kebuluran semakin merebak dari utara Gaza ke tengah dan selatan Gaza," menurut pakar.

Hana Abdelrahaman al-Rai, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengalami kekurangan zat makanan dan berpindah dari pinggir bandar timur Shujaiya di Gaza, menangis ketika dibawa ke luar khemah di Zawayda di tengah Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Hana Abdelrahaman al-Rai, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengalami kekurangan zat makanan dan berpindah dari pinggir bandar timur Shujaiya di Gaza, menangis ketika dibawa ke luar khemah di Zawayda di tengah Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Pakar mengecam masyarakat antarabangsa, yang seolah-olah membutakan mata tanpa mengambil sebarang usaha untuk mengelak bencana ini terus berlaku.

"Apabila seorang bayi berusia dua bulan dan Yazan Al Kafarneh berusia 10 tahun masing-masing mati kelaparan pada 24 Februari dan 4 Mac, ini mengesahkan bahawa kebuluran telah melanda utara Gaza.

"Seluruh dunia sepatutnya campur tangan lebih awal untuk menghentikan kempen kebuluran Israel dan menghalang kematian ini," kata pakar.

PBB memberi amaran selama berbulan-bulan mengenai kebuluran yang semakin berleluasa di Gaza, terutama di utara, tetapi satu pun belum diisytiharkan secara rasmi.

Misi Israel menekankan bahawa penilaian terbaru oleh perkongsian Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) menentukan bahawa kebuluran tidak berlaku selepas akses bantuan bertambah baik.

"Israel secara berterusan meningkatkan penyelarasan dan bantuannya dalam penyampaian bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza," katanya sambil mendakwa Hamas 'sengaja mencuri dan menyembunyikan bantuan daripada orang awam'. - AFP

PROJEK BULUR

MAKANAN JADI

SENJATA

AMIN

INI CARA ZIONIS

YAHUDI BUNUH

PALESTIN

AMIN

SENJATA DARI

BLACKROCK

SYARIKAT

ZIONIS YAHUDI

YANG AKAN

ANWAR BERI

 39 AIRPORT

MALAYSIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan