Khamis, 18 Julai 2024

NEGARA SKODENG - SATU JAWAPAN


Malaysia ke arah 'negara skodeng', amaran tokoh wartawan selepas Fahmi ugut pantau chat

Putrajaya sekali lagi dibidas wartawan veteran selepas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata media sosial termasuk aplikasi sembang (chat) akan dipantau dan diambil tindakan, ketika kritikan terhadap pentadbiran Anwar Ibrahim terus membanjiri platform dalam talian di sebalik pelbagai dasar yang membelakangi janji pilihan raya beliau.

Wartawan terkenal Johan Jaafar menyifatkan pengumuman terbaru kerajaan keterlaluan dan tidak perlu.

"Saya khuatir kita sedang menuju ke arah 'negara skodeng' atau 'peeping tom nation'. Jangan lupa rakyat punya hak peribadi, privasi dan hak kemanusiaan," kata Tokoh Wartawan Negara itu yang pernah mengepelai pelbagai syarikat media tempatan.

Fahmi baru-baru ini berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap komen di platform media sosial termasuk aplikasi seperti WhatsApp yang digunakan untuk berkomunikasi.

Menteri yang kerap mengeluarkan kenyataan mengkritik media yang menyiarkan laporan tidak disenangi kerajaan itu turut mengaitkan rancangan itu dengan percubaan membunuh bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

"Saya kesal kerana tersebar dalam WhatsApp kenyataan yang sangat tidak bermoral dan bersifat jenayah," kata Fahmi.

"Ada kata yang patut ditembak bukan hanya di sana, (mereka) beri bayangan ugutan jenayah. Ugutan jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap perdana menteri. Berbeza pandangan tidak apa, tetapi jangan terlalu ekstrem, ini keterlaluan."

Di bawah Fahmi, kandungan mengkritik kerajaan di TikTok dan Facebook kerap dipadamkan.

Statistiks TikTok meletakkan kerajaan Malaysia di tempat teratas pihak yang mengemukakan permintaan menurunkan kandungan dalam tempoh separuh kedua tahun lepas.

Ia selepas Malaysia jatuh 34 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media dikeluarkan Reporters Without Borders.

Baca: Henti bertindak seperti 'Big Brother', wartawan kanan beritahu SKMM

Johan mengingatkan kerajaan mengenai janjinya memastikan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pandangan.

Katanya Akta Komunikasi dan Multimedia sudah pun mengawal "komen jelik dan bersifat jenayah" di dalam talian.

"Tetapi jangan sampai melanggar hak dan kebebasan untuk rakyat berinteraksi termasuk bersembang sesama sendiri secara bebas, santai dan terbuka dalam media sosial."

'Kebudak-budakan'

Bekas pengarang kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan menyifatkan Fahmi berkelakuan "kebudak-budakan".

"Saya tak pasti sama ada penasihat atau pengarah-pengarah di kementerian menasihati beliau dengan betul atau tidak. Mungkin ini pandangan beliau sendiri.

"Kalau perlu sampai memanggil ketua-ketua editor berhubung soal komen di media sosial, ia agak keterlaluan," kata Zaini, yang kini mengetuai portal BebasNews.my.

Zaini berkata negara tidak berhak menyekat apa-apa pandangan yang dilontarkan mengikut cara yang dipilih oleh individu.

"Jika semua instrumen kerajaan digunakan untuk menyekat suara rakyat, ini sudah melanggar perlembagaan."

"Kerajaan ini kononnya mengamalkan dasar reformis, tetapi mereka melakukan sebaliknya," kata Zaini. 

Zaini sebaliknya menggesa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, agensi di bawah kawalan Fahmi, untuk menangani masalah akaun media sosial palsu yang menghantar komen-komen jelik, dan bukan komen daripada pihak yang tulen.


SELAMATKAN

MALAYSIA DARI

JADI NEGARA

SKODENG

AMIN

HANYA SATU

JAWAPAN 

AMIN

TURUN KE JALAN

SUNAK KAN ANWAR

AMIN

JALAN RAYA

PENENTU POLITIK

NEGARA

KHALAS

1 ulasan:

  1. Turun turun turun sunak sunak sunaknon kahkahkah teruskan lwn

    BalasPadam