Isnin, 8 Julai 2024

PKR KENA SUNAK PAS


PKR KENA 

SUNAK PAS


Kemenangan PAS di Sg Bakap, banyak implikasinya. Kepada PAS sendiri, UMNO dan PH.


1.PAS semakin diyakini oleh pengundi. Termasuk sokongan org muda.
Begitupun, untuk melebarkan tebaran 'jalanya', disegi ideologi, PAS perlu beralih dari jalur kanan ke jalur tengah.

Mengembalikan perjuangan asal PAS, semasa Dr Burhanuddin el-Helmu. PAS kembali berpegang kepada ideologi Nasionalisme-Islamisme.

Dengan itu, musuh2 PAS, tidak lagi boleh memomokkan PAS sebagai Parti Taliban kepada bukan Melayu. Dan mampu menarik pengundi yang agak liberal.

2.UMNO menjadi parti yang paling takut dengan keputusan PRK Sg Bakap.

Pertama, jelas UMNO tiada kemampuan mempengaruhi pengundi Melayu. Malah kehilangan pengaruh terhadap ahli2 UMNO dan gagal mendapatkan undi mereka untuk dihadiahkan kepada calon PH.

Ahli UMNO di Sg Bakap terdapat lebih 5000 org.

Bila PKR, turut gagal menguasai sepenuhnya undi orang Cina, itu memberi tamparan kpd UMNO. Di mana UMNO berharap selepas menjadi UMDAP, ia akan mendapat limpahan undi Cina. Nampaknya, keputusan Sg Bakap, tidak memberi harapan yg baik kepada UMNO.

BILA PENGUNDI MELAYU HILANG SELERA KEPADA UMNO, DAN PENGUNDI CINA MULAI MENINGGALKAN PH, KE MANA UMNO MAHU MENADAH TEMPURUNG BOCORNYA?
UMNO AKAN MENJADI SI LUNCAI BERSAMA JURAGAN, JUAK SEPERTI LOKMAN ADAM TERJUN DENGAN LABU2NYA. 
BIARKAN! BIARKAN!

Ahli dan pendukung perjuangan asal UMNO bersorak.

3.PH tidak lagi boleh bergembira dgn merasakan pengundi Cina adalah fix deposit mereka.

Ketaksuban org Cina kpd DAP, mulai retak terutama anak2 muda mereka (nanti lihat analisis keputusan di pdm ramai pengundi Cina).

Kekalahan calon PH, banyak bersandarkan kepada isu2 semasa.

Termasuk janji kosong, malah dianggap janji bohong.

Termasuk Hoi! Hoi  yahoo, org politik tidak boleh pegang jawatan dlm GLC. Terlalu banyak pembohongan janji pd PRU15.

NAMPAKNYA SUKAR BUAT PH DAN KERAJAAN MADANI UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN YG MULAI JELAS TERJADI.
KERAJAAN MADANI PERSIS -RUMAH KACA DI PASIR JERLUS.

Oleh Kamarazaman Yacob

1 ulasan:

  1. Bukan main mamat ni berteori. Parti sendiri mampos sebelum hidup kih lih kih. Otak mael 2 seringgit. Kah kah lah

    BalasPadam