Selasa, 30 Julai 2024

PROJEK MENGOLAH PERSETUJUAN


Polis beri pendedahan ancaman jenayah scammer kepada OKU


KUALA LUMPUR – Lebih 50 Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan diberi pendedahan berhubung kes penipuan atas talian yang kini dilihat semakin membimbangkan di negara ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, langkah itu perlu dibuat walaupun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung jenayah scammer melibatkan mangsa OKU.

“Kebanyakan mangsa OKU ini cepat terpengaruh itu kita hendak didik pada mereka agar tidak ambil mudah tentang perkara ini.

“Jadi penjenayah di luar suka mengambil kesempatan atas golongan begini, dan kita minta mereka supaya lebih berhati- hati dan sebenarnya mereka ini tidak faham apa peranan dan tindakan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan program Be Safe Feel Safe untuk golongan OKU Penglihatan di sini hari ini.

Mengulas mengenai tahap keselamatan dan kegiatan jenayah di Brickfields, Ku Mashariman memaklumkan, ia masih terkawal.

“Trend masih terkawal cuma nak cuba hentikan kerana di sini ramai golongan istimewa dan aset kepada kita untuk dijaga. Peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang buatkan Brickfields ini menjadi selamat untuk mereka, itu keutamaan.

“Kalau tengok keadaan mereka berjalan di sekitar sini tiada sebarang isu atau laporan jenayah juga tidak berlaku cuma kita tidak mahu orang lain ambil kesempatan sebab itu kita didik mereka ini,” jelasnya. – MalaysiaGazette

INI NAMANYA

PROJEK 

MENGOLAH

PERSETUJUAN

AMIN

TUJUAN UNTUK

BUAT UNDANG2

KAWAL INTERNET

AMIN

KALAU BETUL

NAK TOLONG OKU

KENAPA KES OKU

KENA BELASAH

SAMPAI SEKARANG

TIDAK DISELESAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan