Ahad, 14 Julai 2024

RAFIZI CARI GADUH DENGAN MAJLIS PEGUAM



Majlis Peguam bidas Rafizi serang profesion guaman


Badan Peguam Malaysia hari ini menyelar Rafizi Ramli selepas ucapan menteri ekonomi itu baru-baru ini yang dianggap menghina profesion guaman kerana menyerang peguam bela kepada seorang warga Israel-Perancis yang berdepan pertuduhan menyeludup senjata api.

"Badan Peguam Malaysia menyeru semua pihak untuk berhenti memberikan tanggapan yang salah dan membuat sindiran bahawa peguam tidak beretika dalam menjalankan tugasan tetap mereka.

"Peguam seharusnya dapat memberikan perkhidmatan mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih, dan bebas daripada prasangka yang tidak berasas," kata presidennya Mohamad Ezri Abdul Wahab.

Ezri berkata komen Rafizi, yang ditujukan kepada peguam Naran Singh Asa Singh kerana menunaikan tanggungjawabnya kepada tertuduh, meneruskan stigma terhadap peguam.

"Ulasan beliau juga menyentuh isu yang lebih mendalam, yang melibatkan konsep proses wajar (due process) dan keperluan untuk mencapai keseimbangan yang betul antara kebebasan bersuara dan hak untuk perbicaraan yang adil," kata kenyataan itu.

"Peguam dilihat seperti memberikan perkhidmatan mereka kepada pembida tertinggi, dan akan melakukan apa sahaja mengikut kemampuan mereka untuk melepaskan klien mereka. Persepsi sedemikian tentang kerja-kerja guaman merupakan satu salah faham tentang apa sebenarnya yang dilakukan oleh peguam-peguam."

Naran, peguam mewakili Shalom Avitan yang memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis sebelum ditahan dan didakwa atas tuduhan memiliki senjata api, menjadi sasaran Rafizi dalam ceramahnya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap baru-baru ini.

"Siapa peguam kepada seorang rakyat Israel yang sekarang ini didakwa dengan pistol atas cubaan membunuh? Nama dia Datuk Naran Singh," kata Rafizi, dalam usaha menangkis kritikan terhadap keputusan kerajaan menjual saham dalam konsortium lapangan terbang kepada sebuah syarikat milik pengurus dana pro-Israel BlackRock. "Peguam kepada orang Israel yang datang Malaysia buat kacau di Malaysia dengan pistol ini, bukan orang PKR, bukan orang Umno, bukan orang DAP, tapi orang PN."

Majlis Peguam berkata walaupun ia menyokong kebebasan bersuara, ia tidak sepatutnya "menjejaskan hak seseorang kepada perbicaraan yang adil".

"Dengan mengulas mengenai peguam tersebut dan klien warga asingnya, Rafizi Ramli telah mempertikaikan klien tersebut secara pramatang sebelum kes itu diselesaikan oleh mahkamah."

Tambahnya, hak perlembagaan untuk mendapatkan perwakilan undang-undang bermakna setiap orang yang berdepan tuduhan di mahkamah dijamin perkhidmatan peguam.

Ia juga memetik Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978, yang mewajibkan peguam memberikan khidmat kepada anak guam sekiranya ada kepakaran dalam bidang kes tersebut.

Katanya, seseorang peguam tidak harus menolak anak guam yang memerlukan perwakilan undang-undang kerana ia melucutkan hak klien mendapatkan perbicaraan adil.

"Hakikat bahawa tertuduh dalam situasi ini adalah warga asing tidak seharusnya menghalang dia daripada mendapat perwakilan undang-undang.  

"Peguam yang dinamakan oleh Rafizi itu hanya menjalankan tugasnya dengan memberikan suara kepada kliennya di hadapan mahkamah Malaysia," kata Ezri.

Sebelum ini, MalaysiaNow memetik Naran membidas Rafizi, menyifatkan beliau jahil dalam percubaan meraih markah politik.

"Dia menyebut tentang anak guam saya, itu subjudis, kerana kes ini sedang berjalan di mahkamah. Bagaimana dia boleh kata (tertuduh) bunuh orang? Dia boleh didakwa menghina mahkamah," kata Naran.

Naran turut membetulkan Rafizi dengan berkata anak guamnya berdepan tuduhan berkait senjata api dan bukannya membunuh.

Katanya timbalan presiden PKR itu juga tidak mengetahui fakta kes serta hak seseorang tertuduh.

"Dia tidak faham asas hak tertuduh yang boleh melantik peguam kerana dia dianggap tidak bersalah sehingga dia disabitkan.

"Macam mana hendak jadi menteri ekonomi? Sebab itulah ekonomi negara kita turun setiap hari," kata Naran.

KAH KAH KAH

RAFIZI BAKAL

PM MALAYSIA

SUKA CARI GADUH

AMIN

KALI INI RAFIZI

BODOHKAN PEGUAM

KAH KAH KAH

RAFIZI BELUM

SEDAR 

ADA PROJEK

SUNAK KAN RAFIZI

SEDANG DISUSUN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan