Jumaat, 26 Julai 2024

RAMAI POLIS DIBUANG


1,671 anggota polis dibuang, kata Bukit Aman

SEJUMLAH 1,671 anggota dan pegawai polis dibuang kerja dalam tempoh 10 tahun lalu, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad.

Beliau berkata dalam tempoh sama, dari 2014 hingga Jun tahun ini, seramai 15,546 anggota dan pegawai polis dikenakan pelbagai tindakan disiplin.

Katanya, 40,436 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dan Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) dibuat sepanjang tempoh itu.

“Kira-kira 10,000 hingga 20,000 anggota polis dipantau dan diperiksa dari semasa ke semasa oleh Cawangan Pematuhan JIPS Bukit Aman.

“Keutamaan adalah terhadap petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan masyarakat bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan mematuhi undang-undang, peraturan, arahan dan prosedur operasi standard (SOP).

“Mana-mana pegawai yang dikesan melakukan salah laku akan diambil tindakan sewajarnya,” katanya dipetik daripada Bernama.

Azri berkata sepanjang 2023 secara keseluruhan seramai 19,352 pegawai dan anggota diperiksa dan seramai 1,396 dikesan melakukan pelbagai salah laku.

Dari Januari hingga Jun tahun ini , 689 pegawai dan anggota dikesan melakukan pelbagai salah laku hasil pemeriksaan 11,221 individu.

Katanya, sejak lebih 10 tahun lalu, JIPS menerima dan mengendalikan hampir 50,000 aduan dan maklumat, terutama berkaitan isu rasuah, salah guna kuasa dan salah laku. – 25 Julai, 2024.

WOIT

TAK SANGKA

RAMAI POLIS

KENA BUANG

KERJA

AMIN

BUKAN SATU DUA

ADA RIBU RIBU

AMIN

APAKAH KINI 

PDRM BERSIH

DAN MOLEK

JENG JENG JENG

AMIN

1 ulasan:

  1. Tidak. Malah lebih teruk dan lebih haprak. Barang diingat yang ikan busuk bermula daripada kepala.

    BalasPadam