Isnin, 29 Julai 2024

TURUN KE JALAN



Peguam bidas kerajaan cuba tutup kritikan melalui pelesenan media sosial

Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengecam hasrat kerajaan mengharamkan operasi mana-mana platform media sosial yang tidak mematuhi arahan memohon lesen bermula 1 Januari tahun depan, menyifatkan peraturan terbaru itu satu lagi percubaan menutup kritikan rakyat terhadap kerajaan. 

LFL berkata langkah mewajibkan platform media sosial memiliki lesen kerajaan menimbulkan ancaman serius kepada hak demokrasi untuk mengkritik atau mempersoal pihak berkuasa. 

Pengarah LFL Zaid Malek berkata ia diburukkan lagi dengan rekod buruk kebebasan bersuara pentadbiran Anwar Ibrahim kini, di mana ia akan memaksa pengendali media sosial menurunkan kandungan yang tidak disenangi kerajaan sekiranya tidak mahu lesen ditarik balik.

Beliau turut mempersoalkan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang cuba membandingkannya dengan undang-undang berkait media sosial di Singapura dan United Kingdom. 

"Ini perbandingan yang jelas palsu. Negara-negara tersebut tidak mengenakan pelesenan terhadap penyedia media sosial. Sebaliknya mereka mewujudkan rangka kerja kawal selia untuk menangani keselamatan dalam talian," kata Zaid.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhak menyekat penyedia platform media sosial yang enggan mematuhi arahan pelesenan.

Zaid berkata sebarang peraturan tidak boleh mengugut penyedia media sosial dengan skim pelesenan, di mana kerajaan boleh menutup operasi mereka.

Menurutnya, kewajipan media sosial dilesenkan sama dengan konsep Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) yang menyekat kebebasan akhbar selama beberapa dekad.

"Undang-undang drakonian ini terus berkuat kuasa di bawah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan walaupun sebelum ini berjanji untuk memansuhkan PPPA."

Media sosial ruang bongkar kepalsuan 

Zaid berkata media sosial merupakan alat demokrasi yang digunakan oleh orang ramai, dan ia terbukti peranannya membongkar kepalsuan dan memobilasi orang ramai bertindak untuk tujuan baik. 

"Contoh terbaru sudah tentu bagaimana media sosial mampu menimbulkan gelombang besar menyokong perjuangan Palestin, yang berlaku kerana keupayaan individu dari dalam Palestin untuk berkongsi dan menyebarkan berita tentang keperitan yang mereka alami melalui platform ini."

Zaid mengingatkan kerajaan tentang amalannya melabelkan kritikan terhadapnya sebagai "jenayah". 

Beliau memberikan contoh bagaimana SKMM berselindung di sebalik usaha membendung fenomena buli siber dengan menyasarkan kritikan orang ramai terhadap pemimpin politik di sidang Dewan Rakyat. 

"Ini adalah kerajaan yang semakin tidak bertolak ansur dengan kritikan. Ia sememangnya tidak boleh diberi kuasa untuk melesenkan platform media sosial." 

Zaid mengingatkan Putrajaya membatalkan pelesenan, sebaliknya mengadakan rundingan dengan semua pihak berkepentingan.  

APA YANG

WAJIB KITA

LAKUKAN

AMIN

BUKAN HANYA

BERCAKAP

AMIN

SUSUN ATUR 

TURUN KE JALAN

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. ya benar sahih loyer turun jlnraya sebelum pilihanraya, ckp2 tarak non peduli kahkahkah teruskan lwn sunaknon

    BalasPadam
  2. TT, kalu boring dok dengaq berita kita alih tiang gol sikit. He He He.

    Dari berita boring tanpa campur tangan kafir harbi DAP mengenai rogol mabuk, arak dan karaoke Pesta Hari Jadi budak PN sendiri, BFF rapat TALIBAN sama jemaah selamatkan Malaysia untuk Melayu dan Islam, baik le baca berita bawah ni.

    Sejuk sikit hati TT yang remuk parok.

    Ringgit dah sentuh 4.63. Molek.

    Ringgit continues to appreciate, closes at 4.63 level
    Bernama

    29 Jul 2024, 07:23 PM
    An interest rate cut in the US is almost certain based on market expectations, says analyst.

    KUALA LUMPUR: The ringgit continued to strengthen against the US dollar and closed at the 4.63 level today.

    It also emerged as the best-performing currency in the Asian market, said an analyst.
    In the Asian market, the ringgit gained 0.46% against the US dollar, followed by the South Korean won (0.10%) and the Indonesian rupiah (0.06%).

    BalasPadam