Selasa, 13 Ogos 2024

AJEN ZIONIS BERADA DI MERAAT TEMPAT



'Itulah Anwar' — Mahathir tidak terkejut pendirian Anwar pertahan perjanjian berkait BlackRock

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak terkejut dengan pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan perjanjian kerajaan dengan sebuah syarikat milik BlackRock, pengurus dana Amerika Syarikat yang berdepan tuduhan bersubahat dalam jenayah perang Israel.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau mengenali sifat Anwar, sambil menambah beliau tidak mengharapkan presiden PKR itu mengambil apa-apa tindakan bermakna demi perjuangan Palestin.

Katanya Anwar diketahui menjalin hubungan mesra dengan pertubuhan yang ada kepentingan Israel serta kumpulan yang kerap dikaitkan dengan lobi Yahudi.

- Iklan -
"Jadi kita tidak terkejut. Tetapi kita berasa dia sepatutnya memberi pertimbangan daripada sudut nasional dan tidak daripada sudut hubungan dirinya dengan orang Yahudi," Mahathir, yang pernah melantik Anwar sebagai penggantinya sebelum memecatnya daripada kerajaan pada 1998, berkata dalam wawancara bersama MalaysiaNow.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

"Jadi kita tidak terkejut. Tetapi kita berasa dia sepatutnya memberi pertimbangan daripada sudut nasional."

Anwar enggan membatalkan perjanjian kontroversi membabitkan penjualan saham dalam syarikat milik kerajaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada sebuah syarikat milik BlackRock.

Ia akan menyaksikan Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock mengambil 30% kepentingan dalam konsortium untuk mengurus MAHB, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Walaupun kerajaan mengamalkan dasar menyokong perjuangan Palestin, Anwar pada Jun lalu ia tidak bermakna urusannya dengan syarikat yang rapat dengan Israel perlu diputuskan.

"Bagaimana dengan syarikat yang ada operasi di US, Jerman, China tapi ada kaitan dengan Israel? Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan kerana akan menjejaskan ekonomi negara," katanya.

Anwar juga menuduh mereka yang membantah perjanjian itu bertindak keterlaluan.

"Bunyi sedaplah, bagi orang dengar seronok, kita ni hebat pejuang. Tapi sebenarnya tidak realistik," katanya di Dewan Rakyat.

Mahathir, antara pemimpin dunia Islam yang paling lantang membidas sokongan AS kepada Israel, berkata setiap gerakan boikot ada kesannya.

"Bila kita nak bertindak, kita tak boleh tentukan semuanya baik. Ada kesan-kesan yang tidak baik yang akan berlaku. Soalnya, ialah penilaian antara kebaikan dan keburukan," katanya.

"Kalau kita cuma perhatikan keburukan, kita tidak akan bertindak. Untuk bertindak kita patut sedar benda negatif yang akan berlaku tetapi kerana (hasil) positif itu jauh lebih besar, kita sanggup berkorban."

Antara hujah pemimpin kerajaan dalam mempertahankan perjanjian dengan GIP yang dimiliki BlackRock ialah syarikat itu sudah lama bertapak dan melabur di Malaysia.

Bagaimanapun, Mahathir berkata hujah sebegitu tidak mengambil kira hakikat bahawa dunia kini sedang menyaksikan kekejaman terang-terangan Israel.

"Apa yang berlaku sekarang ialah Israel melakukan genocid, dan genocid ini adalah satu jenayah bangsa yang sedang berlaku.

"Dulu tidak, dulu walaupun kita tidak pernah ada hubungan dengan Israel, tetapi Israel tidak bertindak seperti sekarang. Sebab itu kita bertindak sekarang lebih kuat, lebih kuat lagi daripada dulu."

Lebih 40,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh setakat ini sejak Israel melancarkan kempen pengeboman di Gaza, operasi ketenteraan yang terbesar di wilayah yang diduduki itu sejak negara Zionis itu diwujudkan di atas tanah rakyat Palestin pada 1948.

'Anwar tidak berubah'

Mahathir tidak menganggap Anwar telah berubah di sebalik dakwaannya baru-baru ini diancam kuasa Barat kerana menyokong Hamas dan mengkritik bantuan ketenteraan kepada Israel.

Menurutnya, Anwar menjalinkan rangkaian di luar negara bagi memastikan dirinya akan dibela setiap kali berdepan masalah di Malaysia.

Katanya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga pernah menganggap Anwar dizalimi apabila disabitkan kesalahan liwat dan dipenjarakan.

"Jadi apabila kita bertindak kepada Anwar, Erdogan berasa kita zalim dan tidak adil. Jadi ini cara Anwar bergerak."

Mahathir menyifatkan ucapan-ucapan Anwar baru-baru ini yang mengkritik Israel dan Barat hanyalah menampakkan kecendurangannya untuk mengikut rentak semasa.

Beliau tidak mengharapkan Anwar akan mengambil apa-apa tindakan bermakna dalam menentang Israel.

Ini termasuklah dasar menyokong "penyelesaian dua negara" di mana negara Palestin diiktiraf bersama-sama pengiktirafan kepada hak kewujudan Israel, katanya.

"Dia tak nak membuat pendirian yang akan menyebabkan orang ramai menolak dirinya."

ZIONIS TAK

SEMESTI YAHUDI

AMIN

SOKONG SYARIKAT

YANG BERI SENJATA

PADA ISRAEL JUGA

BOLEH JADI ZIONIS

AMIN

PERGI UMRAH

BERATUS KALI PUN

BOLEH JADI ZIONIS

AMIN

ZIONIS PANDANGAN

POLITIK YG CUBA

SELAMATKAN ISREAL

KAHLAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan