Isnin, 26 Ogos 2024

AMERIKA DATANG BANTU FILIPINA JIKA CHINA SERANG



China, Filipina 'bertempur' lagi di Laut China Selatan

MANILA: Filipina dan China bertempur lagi hari ini di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Ia menjadi insiden terbaharu dalam siri konfrontasi laut dan udara di laluan strategik terbabit.

Insiden itu berlaku selepas Manila menjalankan satu operasi yang menurutnya untuk menghantar bekalan kepada nelayan.

Insiden ini mencemari usaha kedua-dua negara untuk memulihkan kepercayaan dan menguruskan pertikaian selepas berbulan-bulan berkonfrontasi, termasuk pertembungan tegang pada Jun lalu yang menyebabkan seorang askar Filipina kehilangan jarinya.
t
Filipina menuduh China melakukan tindakan agresif dan berbahaya untuk menghalang operasinya, sementara pengawal pantai China mendakwa mereka mengambil tindakan kawalan terhadap sebuah kapal yang secara haram memasuki perairan terbabit.

China turut menyatakan bahawa kapal berkenaan sudah berulang kali menghampiri kapal miliknya dengan tindakan secara berbahaya.

Dalam insiden berhampiran Beting Sabina, pasukan bertindak Laut China Selatan Filipina berkata kapal-kapal China melancarkan meriam air terhadap sebuah kapal Biro Perikanan Filipina yang membawa makanan, bahan api, dan bekalan perubatan untuk nelayan Filipina.

China menuntut kedaulatan di hampir seluruh Laut China Selatan, termasuk beberapa kawasan yang dituntut oleh Filipina, Taiwan, Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan Brunei. Ia turut mengerahkan armada kapal untuk melindungi kawasan yang dituntut itu.

Satu tribunal timbang tara antarabangsa pada 2016 memutuskan bahawa tuntutan Beijing tidak berasas di bawah undang-undang antarabangsa.

Keputusan itu dianggap satu kemenangan besar buat Filipina yang mengemukakan kes terbabit. Beijing pula menolak keputusan itu.

Filipina dan China bersetuju untuk mengembalikan kepercayaan dan membina semula keyakinan untuk menguruskan pertikaian maritim dalam satu mesyuarat peringkat tinggi pada bulan lalu.

Ia disusuli dengan aturan sementara bagi misi Manila untuk menyediakan bekalan kepada sebuah kapal tentera laut Filipina yang terdampar di Laut China Selatan.

"Tindakan yang tidak profesional, agresif, dan menyalahi undang-undang ini menimbulkan risiko serius terhadap keselamatan anak kapal Filipina mahupun nelayan yang seharusnya dibantu," tegas pasukan bertindak Filipina mengenai konfrontasi yang berlaku, hari ini.



AMERIKA AKAN

DATANG BANTU

AMIN

AMERIKA & FILIPINA

ADA PERJANJIAN

TOLONG MENOLONG

AMIN

TAIWAN & FILIPINA

PUNCA PERANG

DI ASIA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. senjata jika x d gunakan adalah rugi pada pelabur industri senjata utama jadi perang bersenjata perlu berlaku x kira d mana2 pun Malaysia nasib baik hanya perang air liur jgn marah kahkahkah perjuangan kebenaran sentiasa wujud

    BalasPadam