Selasa, 6 Ogos 2024

BUKAK MULUT BOHONG - EKONOMI MAKIN BURUK



Bursa Malaysia menjunam, paling buruk sejak Mac 2020

BURSA Malaysia mengalami kejatuhan besar hari ini, paling teruk sejak 13 Mac, 2020 ketika pandemik Covid-19.

FBM KLCI jatuh serendah 1,532.24 mata berbanding 1,611.05 pada penutup Jumaat, sebelum meningkat sedikit pada 1,536.48, masih rendah pada paras 4.63% untuk hari paling buruk sejak lebih empat tahun lalu, lapor  The Edge Daily.

Kejatuhan besar itu berikutan kebimbangan kemungkinan Amerika Syarikat (AS) menuju kemelesetan yang akan mencetuskan penghindaran risiko besar-besaran.

Laporan mingguan data pekerjaan mingguan AS pada Jumaat lalu turut mencetuskan tekanan jualan berterusan dalam ekuiti global.

Para pelabur meneruskan keadaan yang sama seperti Jumaat lalu dengan menurunkan niaga hadapan Nasdaq sebanyak 1.64%, sementara niaga hadapan S&P 500 jatuh 1.04%.

Indeks saham Asia-Pasifik MSCI di luar Jepun merosot 0.8%, manakala Nikkei Jepun kehilangan 6.4% lagi untuk mencapai paras terendah dalam tujuh bulan.

Antara lain, bon Perbendaharaan menjadi tumpuan dengan hasil bon 10 tahun turun kepada 3.77%, terendah sejak pertengahan 2023.

Sementara itu, The Edge turut memetik Ketua MIDF Research Imran Yassin Md Yusof sebagai berkata pencapaian pasaran rendah adalah reaksi kepada kebimbangan ekonomi AS menuju kemelesetan.

Ini seiring dengan pasaran global dan diikuti dengan laporan gaji bukan ladang (MFP) yang rendah daripada jangkaan, dikeluarkan pada Jumaat lalu, kata Imran. – 5 Ogos, 2024.


ANWAR KATA

EKONOMI MAKIN

BAIK

KAH KAH KAH

BUKAK MULUT

BOHONG

KAH KAH KAH

BILA EKONOMI

MEROSOT 

KERAJAAN

AKAN JADI

LEBIH ZALIM

AMIN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan