Isnin, 5 Ogos 2024

HIDUP WAJIB TERUS DI RAYAKAN


Tiba masa perkenal polisi mesra warga emas, kata pakar


MENJADI tua tidak lagi seharusnya dianggap sebagai beban di Malaysia ketika negara ini bersiap untuk menyambut statusnya sebagai negara tua dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Menjelang 2030 Malaysia dijangka akan menjadi negara tua di mana 15% daripada populasi negara ini akan berusia 65 tahun dan ke atas.

Presiden Persatuan Kesihatan Penuaan Malaysia Prof Dr Shahrul Bahyah Kamaruzzaman berkata bagi memastikan masyarakat yang menua dapat berintegrasi dengan lancar dalam struktur sosio-ekonomi, negara perlu memperkenalkan polisi mesra warga emas dari sekarang termasuk dalam pengaturan rumah penjagaan dan penjagaan kesihatan geriatri yang lebih baik.

Shahrul yang merupakan Perunding Perubatan Geriatri kanan di Universiti Malaya (Fakulti Perubatan) berkata prinsip mesra usia tidak lagi harus kekal di atas kertas tetapi perlu dilaksanakan untuk mempersiapkan negara berdepan 2030.

Shahrul berkata negara perlu mencari keseimbangan yang baik antara menua dengan penuh martabat dan memastikan golongan tersebut terus menyumbang kepada pembinaan negara.

“Kita adalah sebahagian daripada kumpulan Asean yang semakin cepat menjadi rantau tua dengan Indonesia, Laos, Kemboja dan Vietnam dijangka mencapai status negara tua sekitar masa yang sama dengan Malaysia,” kata Shahrul.

Beliau bercakap semasa sidang kemuncak Persidangan Asean Ketiga tentang Penuaan Sihat yang baru sahaja berakhir dengan tema “Menjadi Tua dengan Berjaya - Secara Adil, Aktif dan Semulajadi,” di George Town.

Singapura dilaporkan menjadi masyarakat tua pada 2017 dan dijangka mencapai status “super-tua” pada 2026.

Menjelang 2030 satu daripada empat rakyat Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas, meningkat satu daripada enam sekarang.

Ditanya mengenai kemungkinan menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada mungkin 62 tahun, Shahrul berkata ada keperluan untuk mengintegrasikan keperluan penjagaan kesihatan dan sosio-ekonomi jika negara ingin menaikkan umur persaraan.

“Pencen persaraan kita daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga ke Sosco (Pertubuhan Keselamatan Sosial) perlu dirombak untuk memasukkan lanjutan umur persaraan dan kita harus mempromosikan skim penuaan sihat untuk rakyat Malaysia yang hidup lebih lama,” katanya.

Perancangan kewangan juga perlu diajar dari sekolah rendah supaya negara tidak terbeban dengan tenaga kerja yang cenderung berhutang, tambahnya.

Yang penting, perkhidmatan dari penjagaan yang sesuai hingga ke perumahan dan kemudahan sosial serta struktur sokongan untuk penjaga juga mesti disediakan untuk menyambut status negara tua menjelang 2030, kata Shahrul.

Shahrul juga menyokong keperluan untuk merombak dasar kesihatan negara agar penjagaan geriatri menjadi lebih mampu milik untuk warga emas dan ini perlu termasuk lebih ramai ahli terapi pemulihan dan kaunselor kesihatan mental memandangkan kini terdapat lonjakan dalam serangan kemurungan dan kebimbangan di kalangan golongan tua.

Beliau menambah ekosistem yang melibatkan penjagaan untuk warga emas juga perlu dipertingkatkan.

Secara amnya pada tahap ini penjagaan kesihatan untuk warga emas masih tidak mampu milik bagi ramai rakyat Malaysia, katanya.

Kertas putih mengenai penjagaan kesihatan geriatri juga perlu dirumuskan oleh Kementerian Kesihatan, tambahnya.

“Kita mempunyai mantra dalam (masyarakat kita) bahawa tiada warga emas yang harus tertinggal dalam usaha kita untuk menyediakan penjagaan universal untuk semua orang tua.”

Difahamkan beberapa doktor mencadangkan penubuhan sebuah pasukan petugas untuk mempersiapkan negara berdepan status masyarakat tua menjelang 2030 dan pasukan petugas ini harus terdiri daripada wakil-wakil pelbagai kementerian untuk negara menghadapi lonjakan usia tua.

“Kita tidak boleh lagi bekerja secara bersendirian. Kita perlu sepenuhnya berintegrasi untuk menghadapi masyarakat tua,” kata Shahrul. – 5 Ogos, 2024.

RAMAI RAMAI

KITA SEMUA

WAJIB SOKONG

AMIN

WARGA TAMBAH 

SEHAT

MAKIN BANYAK

MASUK 6 - 7 ATAU 

8 SIRI

AMIN

HIDUP WAJIB

TERUS DIRAYAKAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan