Jumaat, 9 Ogos 2024

INI KESAH MAT LEBONG


Selesaikan isu penjagaan kesihatan sebelum bantu rawat rakyat Palestin

TIDAK salah untuk menawarkan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita akibat perang Israel-Gaza namun Malaysia perlu bersedia dalam segala bentuk untuk menanggung beban tambahan tersebut.

Ini seharusnya bukan sekadar gimik publisiti tetapi langkah yang perlu diambil selepas mempertimbangkan keadaan penjagaan kesihatan di negara ini.

Beberapa hari selepas The Malaysian Insight (TMI) melaporkan hospital kerajaan di negara ini dalam keadaan memerlukan peralatan dan bekalan yang kritikal, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan dalam satu himpunan pada Ahad bahawa Malaysia bersedia untuk menawarkan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin.

Anwar berkata beliau sedang mencari bantuan untuk memudahkan sokongan kemanusiaan bagi membawa sebahagian wanita dan kanak-kanak Palestin yang cedera untuk dirawat di Malaysia.

Perdana menteri sepatunya berfikir lebih lanjut sebelum membuat pengumuman tersebut dan bukannya hanya bercakap dalam suasana himpunan terutama untuk mendapatkan sokongan rakyat Melayu.

Doktor-doktor dalam perkhidmatan awam yang bercakap kepada The Malaysian Insight berkata mereka berdepan kekurangan peralatan perubatan untuk merawat pesakit di hospital-hospital kerajaan.

Walaupun Kementerian Kesihatan menerima perbelanjaan yang besar, fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan terus kekurangan peralatan perubatan dan perlindungan yang penting untuk merawat pesakit.

Tahun ini Kementerian Kesihatan menerima RM41.2 bilion, lebih daripada 10% daripada Belanjawan 2024. Walau bagaimanapun, doktor-doktor menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan peralatan perubatan.

Ini menunjukkan rakyat Malaysia sendiri tidak mendapat perhatian dan rawatan perubatan yang mencukupi.

Kedua, kita sudah berdepan kekurangan tenaga perubatan yang membimbangkan menyebabkan pekerja penjagaan kesihatan terpaksa bekerja melepasi had kemampuan mereka.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendapati kira-kira 95% fasiliti penjagaan kesihatan awam di seluruh negara sedang berdepan masalah kekurangan tenaga kerja.

Baru-baru ini dilaporkan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat mengehadkan cuti bersalin kepada 60 hari untuk semua pegawai perubatan (MO) di daerah tersebut disebabkan berikutan kekurangan pegawai perubatan.

Langkah ini diambil selepas tujuh pegawai perubatan mengambil cuti bersalin pada masa yang sama di beberapa klinik kesihatan sepanjang Jun dan Julai.

Campur tangan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad diperlukan untuk membatalkan arahan tersebut dan mengembalikan cuti bersalin selama 90 hari.

Ketika ini beberapa laporan dikeluarkan mengenai pesakit yang ramai dan barisan menunggu yang panjang di hospital-hospital awam.

Dan terbukti doktor-doktor Malaysia menerima gaji yang tidak setimpal dan bekerja dalam keadaan yang terlalu tertekan.

MMA juga berkata bukan hanya doktor-doktor muda dan pegawai perubatan berdepan isu ini tetapi pakar-pakar juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak mendapat ganjaran yang adil.

Oleh itu membawa lebih ramai pesakit pada tahap ini, terutama mereka dari negara yang dilanda perang hanya akan menambah tekanan dan beban kerja kepada petugas penjagaan kesihatan yang sudah keletihan.

Selain itu mereka yang cedera dalam konflik atau peperangan memerlukan pengurusan luka, penjagaan, dan rawatan yang lebih baik. Ia bukan sekadar memberikan paracetamol dan ubat penahan sakit.

Dengan sumber yang terhad - baik dari segi peralatan perubatan mahupun tenaga kerja - bagaimana Malaysia boleh menguruskan ini?

Adakah kerajaan merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja penjagaan kesihatan? Dari mana sumber dana akan diperoleh? Walaupun begitu dana tersebut akan lebih baik digunakan untuk menggantikan peralatan dan bekalan penjagaan kesihatan yang sedia ada.

Kerajaan dan perdana menteri perlu memikirkan rancangan ini dengan teliti sebelum komited untuk langkah sedemikian.

Mereka perlu menyelesaikan isu tempatan terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan di tempat lain. – 8 Ogos, 2024.



ANWAR IBRAHIM

A.K.A MAT LEBONG

A.K.A MAT BOPENG

JUAL 39 AIRPORT

MALAYSIA PADA

BLACKROCK

AMIN

BLACKROCK

PEMBEKAL UTAMA

SENJATA UNTUK

ZIONIS ISREAL

AMIN

ISRAEL BUNUH

DAN CEDERAKAN

ARAB PALESTIN

AMIN

MAT BOPENG

NAK BERI

UBATAN PADA

PALESTIN YG

CEDERA

AMIN

BUKANKAH INI

KERJA SETAN ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan