Jumaat, 16 Ogos 2024

INI SEBAB NENGGIRI KALAH


Anwar tak turun berkempen PRK DUN Nenggiri

KAJANG – Anwar Ibrahim mengesahkan tidak turun membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan tamat tengah malam ini.

“Tak, tak, tak, saya tak pergi,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi di sini hari ini.

Ini merupakan kali ketiga Pengerusi PH itu tidak turun dalam membantu kempen calon PH selepas PRK Kuala Kubu Baharu yang dimenangi oleh Pang Sock Tao dan PRK Sungai Bakap yang dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Nenggiri.

Kerusi DUN Nenggiri kosong susulan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang kehilangan keahlian dalam Bersatu hingga menyebabkan kekosongan luar jangka di kerusi DUN berkenaan.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa makan tengahari di masjid berkenaan bersama sekumpulan jemaah tabligh.

Beliau kemudiannya menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut bersama-sama kira-kira 1,500 jemaah. – 

WOIT

PASAI APA

TAK MAI KEMPEN

KAH KAH KAH

TU PASAI

KALAH

AMIN

TAK SUKA ZAHID

ATAU  TAK SUKA

KU LI

AMIN

ORANG ASLI

LAMA TUNGGU

NAK DENGAR

ANWAR BERZANJI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan