Sabtu, 24 Ogos 2024

JALAN RUNTUH


JALAN RUNTUH


SABTU 24 OGOS 2024
HARI INI HUJAN LAGI
TAK HENTI HENTI
AIR SUNGAI KLANG PENUH

KHAMIS  HUJAN LEBAT
SEORANG PELANCUNG
DARI INDIA JATUH
APABILA
JALAN KAKI LIMA TERBUKA PECAH
MINAH INI JATUH
KE DALAM LUBANG
PASTI BANYAK AIR
MASIH HILANG LESAP
KETIKA GUA MENULIS INI

KE MANA MINAH  INI
KENA SEDUT?
DI BAWA  KE DALAM SUNGAI KLANG?
ATAU ADA BANYAK LUBANG GUA
DI BAWAH BUMI KL
JENG JENG JENG

PATUTNYA
DATUK BANDAR DATANG JENGOK
BUAT PR
KERANA BERITA INI
JADI BERITA DUNIA

INI TAJUK BERITA AKHBAR 
THE GUARDIAN  LONDON
HARI INI
Woman missing after falling
 into sinkhole in Kuala Lumpur

BETULKAN IMEJ KL
AGAR SEMUA PELACUNG
DAN WARGA KOTA
TAK CUAK BERJALAN
DALAM BANDAR
AL-FATIHAH

UKRAINE
MODI JUMPA ZELENSKIY
MODI CUBA  TEROKA
JALAN DAMAI

CANADA
MOGOK KERETA API
SEMUA BURUH DAN PEKERJA
CANADA RAILWAY
BERHENTI BEKERJA

FRANCE
PARTI KIRI MAHU
TUBUH KERAJAAN
DAH LEBIH SEBULAN PRU
KERAJAAN MASIH BELUM
TERDIRI

SIAM
CACAR BEROK
DAH SAMPAI KE SIAM
SATU KES TELAH
DI SAHKAN

HOKKIEN 
PAGI INI BASAH CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL CERAH BERSIH
UJAN LEBAT BASUH JEREBU
MATA HARI DARI KELUAR
CAHAYA DI RASA  ENAK
MELAWAN SEJUK  PAGI
LANGIT BERAWAN PUTIH

SEKUMPULAN PIPIT
MELINTAS DI KAWASAN
RUMPUT HIJAU

PAGI INI SUARA MESIN 
MEMOTONG KAYU DIDENGAR
MEMADAM SUARA UNGGAS

JAP LAGI GUA NAK KE PASAR
NAK LIHAT APAKAH
BUAH MANGGIS MASIH MURAH
MALAM TADI GUA
DI PASAR BORONG CHOW KIT
3 KILO 10RM
 MANGGIS
BOLEH CAMPUR DENGAN
LANGSAT & RAMBUTAN GADING

DURIAN KAMPUNG
8RM SEKILO
GUA BELI DUA BIJI
BELUM BUKA LAGI

HARI INI AKAN PANAS
AKAN PETANG AKAN HUJAN?
KITA NANTI DAN LIHAT

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU

BRO
SENTIASA BERSUARA
LEMBUT DAN MANIS
LU TAK TAHU BILA
LU AKAN MAKAN
SUARA LU 

BRO
JANGAN HARAPKAN
HIDUP KITA INI SEPERTI 
PARTI YANG KITA IDAMKAN
TAPI MENARILAH
WALAU PUN LU TAK
PANDAI MENARI

BRO
SENTIASA ADA WAS WAS
JANGAN TERLALU YAKIN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan