Khamis, 1 Ogos 2024

KOMANDER HIZBULLAH DI BUNUH ZIONIS



Komander Hizbullah terkorban dalam serangan Israel
BEIRUT: Kumpulan Hizbullah meratapi kematian komander tertingginya, Fuad Shukr, yang mayatnya ditemui di bawah runtuhan bangunan akibat serangan oleh tentera Israel di selatan Beirut.

Fuad akan dikebumikan hari ini dan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah akan berucap di pengebumiannya untuk menggariskan kedudukan pergerakan itu.

"Fuad mati syahid dalam perjalanan ke Baitulmaqdis", kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, serangan ke atas pinggir bandar Beirut, membunuh lima orang awam termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak serta mencederakan puluhan lain.

Agensi berita IRNA Iran berkata, Penasihat Tentera Iran, Milad Bidi turut meninggal dunia.

Ia diikuti dengan satu lagi serangan semalam, di Tehran yang membunuh pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa perang Gaza akan meluas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam kedua-dua serangan itu sebagai peningkatan berbahaya ketika semua usaha sepatutnya membawa kepada gencatan senjata di Gaza."

Jurucakap Hal Ehwal Luar Iran, Nasser Kanani berkata, serangan di Beirut adalah 'tindakan jenayah' yang patut mendapat kecaman hebat daripada komuniti antarabangsa.

"Israel hanya menambah kebencian global... terhadap diri sendiri dan menggali kuburnya sendiri," tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) berkata, serangan ke atas Tehran dan Beirut tidak membantu ketegangan serantau.

Di Israel, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, memuji pembunuhan Fuad, dengan mengatakan mereka memberi pukulan hebat kepada musuh-musuhnya.

"Kita sudah menyelesaikan 'urusan' dengan Mohsen, dan kami akan menyelesaikan 'urusan' dengan sesiapa sahaja yang membahayakan kita," kata Netanyahu.

Israel menuduh Fuad mendalangi serangan roket di Dataran Tinggi Golan yang mengorbankan 12 kanak-kanak di bandar Arab, Druze.

Terdahulu, sumber Hizbullah berkata, mayat Fuad ditemui di bawah runtuhan sebuah bangunan yang menjadi sasaran serangan Israel.

Hizbullah menafikan bertanggungjawab ke atas serangan roket pada Sabtu lalu, walaupun kumpulan itu mengakui melalukan beberapa serangan ke atas kedudukan tentera Israel pada hari yang sama.

Tentera Israel menyifatkan Fuad sebagai 'komander tentera paling kanan' Hizbullah dan 'orang kanan' kepada Nasrallah.

Sementara itu, Air France dan syarikat penerbangan tambang rendah Transavia France berkata, mereka menangguhkan penerbangan antara Paris dan Beirut sehingga hujung minggu ini.

Switzerland menggesa warganya meninggalkan Lubnan, sementara Jabatan Negara AS mengeluarkan amaran supaya warganya tidak melancong ke Lubnan. - AFP

AL- FATIHAH

PROJEK

MELEBARKAN

PERANG

AMIN

TUNGGU DAN LIHAT

APA TERJADI

AMINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan