Jumaat, 2 Ogos 2024

LGBT SOKONG KERAJAAN TERENGGANU



Kes tempat duduk asing ikut jantina di stadium

MENJADI kelaziman dalam politik Malaysia di mana ada dasar tertentu yang disalah faham dan tidak dipersetujui hingga akhirnya membawa kepada kekecohan.

Begitu juga keadaannya apabila kerajaan negeri Terengganu mengumumkan keputusannya baru-baru ini untuk menyediakan kawasan khas tempat duduk untuk penonton wanita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.

Menurut pihak berkuasa, keputusan itu bertujuan untuk mencegah percampuran bebas lelaki dan perempuan ketika menonton perlawanan bola sepak, dan ia adalah langkah untuk pematuhan syariah.

Pemimpin negeri itu jelas sedar yang kebebasan bercampur lelaki dan perempuan membawa kesan yang teruk.

Dibimbangkan keadaan seperti itu menjurus kepada insiden tidak diingini dalam kalangan remaja perempuan, hingga menyebabkan hamil luar nikah.

Langkah pencegahan ini juga dapat membantu kerajaan negeri mengurangkan bebanan kewangan untuk menambah lebih ramai pegawai agama yang perlu memantau aktiviti tidak bermoral seperti khalwat di kawasan tertutup atau hotel murah.

Duit awam yang dapat dijimatkan dengan cara ini boleh digunakan untuk perkara lebih baik, contohnya menangani isu miskin tegar dan pengangguran. Bertentangan dengan persepsi popular, kerajaan negeri tahu apa keutamaan mereka.

Sebagai respons, ada segolongan rakyat Malaysia yang mendukung liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia mula bersatu untuk membantah keputusan itu.

Dalam mereka terburu-buru hendak mengutuk tindakan kerajaan negeri, pengkritik ini terlepas pandang aspek positif lain dalam dasar pengasingan jantinan itu, di mana dalam jangka masa panjang ia dapat meningkatkan standard bola sepak, dan kemudiannya aktiviti sukan yang lain.

Pengasingan penonton lelaki dan perempuan boleh mengelak sebarang gangguan, jadi fikiran mereka hanya akan tertumpu kepada bola itu.

Hanya apabila penonton, tidak kiralah apa jantinanya, fokus kepada perlawanan bola sepak itu membolehkan pemain jadi sangat bersemangat dan bertenaga untuk bermain sebaik mungkin untuk meraih rasa hormat dan tepukan gemuruh daripada penonton.

Secara ringkasnya, perhatian penonton yang tidak berbelah bahagi terhadap perlawanan itu akan menghantar isyarat kepada pemain, mereka datang ke stadium untuk menonton perlawanan yang bagus dan profesional. – 2 Ogos, 2024.


LESBIAN

MAK NYAH

PENKID SATU

KAWASAN SELAMAT

AMIN

JAMBU GAYBOY

SATU TEMPAT LAGI

AMIN

INI PERJUANGAN

ASAS LGBT

AMIN

HANYA KERAJAAN

TERENGGANU

BERANI MENJAYAKAN

DASAR SOKONG

LGBT INI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan