Sabtu, 17 Ogos 2024

MEKDONAL DAN BURGER KING


Berkunjung ke rumah ibadat di Malaysia bukan tindakan mudah

SUDAH tiba masanya untuk Mufti Terengganu Mohamad Sabri Haron memberikan penjelasan berikutan kenyataannya baru-baru ini yang mencetuskan keresahan dalam kalangan bukan Islam.

Dalam kenyataannya itu, seolah-olah memberikan gambaran yang umat Islam boleh melawat rumah ibadat agama lain dengan tujuan utama adalah menyebarkan dakwah dan syariat Islam.

Hakikatnya, melawat ke rumah ibadat untuk mewujudkan rasa saling menghormati dan memahami dalam kalangan pelbagai agama dalam masyarakat kita pun sukar, apatah lagi hendak melawatnya dengan motif untuk berdakwah.

Sebagai respons kepada kenyataan dibuat mufti itu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) meluahkan rasa bimbang jika berlaku pelanggaran kesucian rumah ibadat jika lawatan itu bertujuan untuk berdakwah tentang Islam.

MCCBCHST memberi amaran masuk ke rumah ibadat bukan Islam secara tidak sah untuk berdakwah tentang Islam kepada penganut agama lain adalah satu kesalahan mengikut Sekseyen 298, 298(a) dan 505(c) Kanun Keseksaan, iaitu membabitkan isu menyinggung perasaan penganut atau kumpulan beragama.

Naib Presiden MCA Wee Jeck Seng turut mengeluarkan kenyataan, berkata rakyat Malaysia perlu saling menghormati tradisi agama masing-masing dan tidak memaksa pandangan mereka kepada orang lain.

Jika benar-benar berlaku lawatan seumpama itu, ia seolah-olah seperti eksekutif jualan kepada syarikat contohnya McDonald’s melawat premis pesaingnya Burger King, dengan berani mempromosikan produk mereka. Ia tentunya mencetuskan suasana tidak baik dalam masyarakat perniagaan.

Bercanggah dengan apa yang dilaporkan terdahulu, Sabri Haron kini berkata amat penting untuk umat Islam mematuhi garis paduan tertentu yang boleh membantu memelihara keharmonian dalam kalangan umat Islam serta bukan Islam.

Katanya, penting untuk tahu niat seseorang Muslim melawat rumah ibadat agama lain supaya mereka tidak dituduh atau disyaki mahu menceroboh entiti berkenaan, atau murtad.

Kenyataan beliau itu susulan sebuah video yang tular di media sosial berkenaan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay, Ipoh, Perak.

Video itu mencetuskan kebimbangan warga maya apabila seorang wanita daripada JAIPk menyifatkan terdapat banyak persamaan antara agama Hindu dan Islam. – 17 Ogos, 2024.


MEKDONAL 

PERGI BERDAKWAH

DALAM KEDAI

BURGER KING

KAH KAH KAH

BURIT AYAM 

SAPA LEBIH

KETAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan