Sabtu, 3 Ogos 2024

PERANG - MUSNAHKAN ISRAEL



AS sedia hantar lebih banyak pesawat tempur ke Asia Barat

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menghantar lebih banyak pesawat tempur ke Asia Barat ketika ketegangan antara Israel dan negara lain di rantau itu semakin meningkat.

Tentera AS di Asia Barat meningkatkan kesediaan tempur bagi melindungi tentera dan sekutunya daripada sebarang ancaman, termasuk Iran atau kumpulan lain yang disokong oleh negara itu.

Perkara itu dilaporkan The New York Times, dengan memetik pegawai tentera AS yang tidak dikenali.

Ketika ini tidak jelas berapa banyak pesawat yang akan dihantar.

Bagaimanapun, sumber berkata, AS sedang berusaha mengukur langkahnya bagi menghantar pesawat yang sesuai secepat mungkin dan secukupnya untuk membantu mempertahankan Israel tanpa kelihatan seperti meningkatkan konflik.

Laporan itu dibuat sehari selepas Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membincangkan menerusi telefon, penempatan tentera AS untuk menyokong Israel terhadap pelbagai ancaman.

"Presiden membincangkan usaha bagi menyokong pertahanan Israel daripada ancaman, termasuk terhadap peluru berpandu balistik dan dron serta penempatan baharu tentera AS," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan pada Khamis.

Serangan pada 7 Oktober lalu di Semenanjung Gaza membunuh hampir 39,500 rakyat Palestin.

Konflik berkenaan mencetuskan dan melonjakkan ketegangan serantau di seluruh Asia Barat, dengan peningkatan terbaru awal minggu ini apabila pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh ketika lawatannya ke Iran.

Kumpulan Hizbullah di Lubnan terbabit dalam pertempuran rentas sempadan dengan Israel, manakala kumpulan Houthi, Yaman menyasarkan kapal kargo yang berkaitan Israel di Laut Merah dan Teluk Aden sebagai solidariti dengan Gaza.

Walaupun organisasi antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara serantau menggesa gencatan senjata di Gaza, serta meredakan ketegangan di Asia Barat, Netanyahu berikrar untuk 'membayar harga yang tinggi' untuk sebarang serangan ke atas Israel. - AGENSI


BERSEDIA

PERANG BESAR

AKAN SAMPAI

AMIN

ALANG ALANG

BERPERANG

BIAR ISRAEL

MUSNAH TERUS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan