Isnin, 12 Ogos 2024

ROMBAKAN KABINET ? BILA BILA SAJE


Rombakan Kabinet? ‘Seriously’ saya tak ada dengar – PM

KUALA LUMPUR –  Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat seperti dilaporkan sebuah portal berita awal hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan hanya diberitahu mengenainya hari ini.

“Saya baru diberitahu, saya tak ada dengar lagi, siapa yang nak ‘tolong’ reshuflle (rombak)? ‘Seriously’ saya tak ada dengar,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2024, di sini, hari ini.

Ditanya lebih lanjut berkenaan akan ada Menteri Besar yang dinaikkan pangkat sebagai Menteri dalam rombakan Kabinet seperti didakwa menerusi laporan itu, Anwar hanya menjawab: “Boleh jadi, lepas pilihan raya, insya-Allah.”

Dalam pada itu, Anwar sempat mengingatkan wartawan supaya tidak mempercayai desas-desus rombakan Kabinet berkenaan selepas beliau dimaklumkan laporannya adalah berdasarkan sumber.

“Kalau begitu jangan percaya ‘dong’,” katanya berseloroh.

Awal hari ini, sebuah portal berita melaporkan, satu lagi rombakan Jemaah Menteri dikatakan bakal berlaku menjelang akhir bulan ini.

Laporan itu memetik dua sumber yang didakwa mengetahui mengenai perkembangan tersebut dengan satu sumber berpengaruh PKR berkata, seorang menteri dari parti itu mungkin akan dipindahkan ke kementerian lain atau digugurkan dari Jemaah Menteri.

Tambah laporan itu, seorang Menteri Besar dipercayai akan mengambil jawatan menteri iaitu langkah yang dibincangkan sebelum rombakan Jemaah Menteri pada Disember lalu.

Sementara itu, dakwa laporan tersebut lagi, satu sumber korporat berkata seorang menteri memberikan alasan rombakan yang akan berlaku sebagai sebab pembatalan kehadiran menteri itu di satu acara syarikat bulan ini. – 

WOIT

INI PERSIAPAN

UNTUK BINA

TEMBOK 

KAH KAH KAH

MANA TAHU

KALAU KALAU

ADA SERANGAN

DARI DALAM

KAH KAH KAH

DINAFIKAN INI

BIASA SAJE

KAH KAH KAH

BUSUK BUSUK

MEDIA SALAH

LAPOR ATAU

SENDIRI BOCOR

BERITA 

NAK TENGOK

REAKSI

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan