Jumaat, 23 Ogos 2024

ROSMAH DAPAT DNAA ?


Representasi Rosmah batal tuduhan - Peguam, pendakwaan ‘capai persetujuan


Persetujuan “dicapai” antara peguam negara (AG) dengan peguam Rosmah Mansor berkenaan permohonannya untuk menggugurkan 17 pertuduhan pengubahan wang haram elak cukai melibatkan RM7 juta.

Peguamnya Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib hari ini memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung status surat representasi Rosmah.

“Oleh kerana kita sudah capai persetujuan, saya fikir ia telah selesai,” kata Firoz kepada hakim K Muniandy.

Muniandy juga bertanya jika pasukan pembelaan Rosmah ingin meneruskan pendengaran permohonannya untuk membatalkan pertuduhan.

“Saya sahkan yang representasi sedang ke arah kaputusan akhir dan kini ia adalah soal memuktamadkan dokumentasi untuk mahkamah,” kata Akram. Muniandy kemudian menetapkan 6 September ini untuk mahkamah dimaklumkan berkenaan keputusan representasi Rosmah.

Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan elak cukai ke atas Rosmah sebelum ini sudah pun bermula, dengan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Perbicaraan penuh bermula 24 Ogos tahun lalu, dengan pendakwa berhujah bahawa dia membuat deposit yang besar walaupun tidak bekerja secara bergaji.

Rosmah, 72, dibicarakan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebelum ini, Rosmah turut disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes rasuah yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara dan denda.

Rayuan kes solarnya ditetapkan untuk didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Okt.

WOIT

INI KES APA?

AMIN

ROSMAH AKAN

DAPAT DNAA KE?

AMIN

PUKEE MAK

KERAJAAN INI

CAKAP ANTI RASUAH

SAMA SAJA

CAKAP ANTI ZIONIS

SOKONG PALESTIN

TAPI JUAL 

39 AIRPORT PADA

BLACKROCK

PEMBEKAL SENJATA

CIBAILAAAAA

AMIN

KITA TUNGGU

23 OKTOBER

ROSMAH BEBAS

ATAU MASUK JIL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan