Rabu, 14 Ogos 2024

SATU KEMAJUAN




PRK Nenggiri: PN janji lantik pegawai Orang Asli jika menang

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan melantik seorang pegawai Orang Asli kepada calon parti itu, Mohd. Rizwadi Ismail sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tawaran seperti itu tidak pernah dibuat mana-mana pihak khususnya parti lawan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa masyarakat Orang Asli di Nenggiri akan melakukan kejutan dengan menyokong PN pada PRK DUN tersebut.

Jelas beliau, perubahan tersebut dapat dilihat pada bahasa badan, kemesraan serta keselesaan yang diperlihatkan Orang Asli ketika pemimpin PN turun berkempen.

“Sudah sampai masanya untuk Orang Asli melakukan perubahan di Nenggiri.

“Orang Asli yang bermaruah tidak lagi membenarkan diri mereka dikawal kelompok parti politik tertentu dan kini bijak membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan mereka sendiri,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Pada PRK DUN Nenggiri yang akan berlangsung Sabtu ini, Mohd. Rizwadi yang merupakan calon Bersatu yang bertanding menggunakan logo Pas akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani. – 




INI SATU

PENDEKATAN

WAJIB SOKONG

AMIN

SATU KEMAJUAN

DARI PERIKATAN

AMIN

SELAMA INI

ORANG ASAL

DIBULI DIINJAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan