Selasa, 6 Ogos 2024

SELAMATKAN MALAYSIA DARI BLACKROCK





‘Rakyat sudah bertanya, bila nak tukar Perdana Menteri?

KUALA LUMPUR: Pertanyaan demi pertanyaan telah dikemukakan oleh rakyat untuk menukar Perdana Menteri setelah rakyat terbeban dengan kehidupan di bawah pemerintahan Kerajaan Madani sekarang.

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa atau dikenali sebagai Cikgu Zai berkata pada sidang media Himpunan Selamatkan Malaysia 2.0, agenda yang dibawa dalam himpunan ini adalah sama yang dibawa oleh Pendana Menteri,  Anwar Ibrahim (PMX) tetapi direformasikan semula oleh Skreteriat Selamatkan Malaysia (SSM).

“Memandangkan reformasi dulu telah ‘direformatikan’ oleh PMX sendiri, kita nak hidupkan semula reformasi seperti perkara-perkara yang dinyatakan dalam sidang media hari ini,” katanya, di sini.

Menurutnya, pihak SSM dengan besar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia, semua institusi-institusi, NGO, NGI dan tokoh-tokoh negara untuk merealisasikan reformasi ini.

“Kami bersedia merekodkan seramai mungkin ubtuk memenuhkan skreteriat dalam kalangan pempengaruh di Malaysia untuk menjayakan gelombang selamatkan Malaysia ini,” tegasnya.

Sementara itu, beliau berkata bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap adalah suara nasional yang meluahkan rasa hati mereka melalui kotak undi.

“Apa yang telah ditunjukkan demokrasi pada PRK Sungai Bakap adalah demokrasi dan demografi nasional yang komposisi pengundi nasional yang melambangkan suara kamu Melayu, Cina dan India yang menolak terang-terangan melalui peti undi,” ujarnya.

Beliau juga yakin, jikalau pilihan raya dibuat pada waktu ini, keseluruhan rakyat akan memberikan gambaran yang sama seperti kemenangan di Sungai Bakap.

“Jadi, saya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama luahkan rasa anda di Himpunan Selamatkan Malaysia 2.0 ini,” katanya. –

HASINA KAN

PEMIMPIN ZALIM

AMIN

SUNAK KAN

PEMIMPIN

BERBOHONG

AMIN

SELAMATKAN

MALAYSIA DARI

BLACKROCK

KHALAS

1 ulasan: