Sabtu, 3 Ogos 2024

SELAMATKAN MALAYSIA


SELAMATKAN

MALAYSIA

SABTU 3 OGOS 2024
HARI INI HARI BERSETIKAWAN
DENGAN PALESTIN & GAZA

ARWAH ISMAIL HANIYEH
PADA SENIN LALU
TELAH MEMINTA SELURUH DUNIA
 KELUAR KE JALAN RAYA
SEBAGAI TANDA
BERSOLODARITI DENGAN GAZA

KITA DI MALAYSIA
MENYAMBUT PERMINTAAN ITU
DENGAN MENGADAKAN HIMPUNAN
MALAM INI JAM 8
DI DATARAN STARHILL
BUKIT BINTANG

TEMA KITA IALAH
TOLAK BLACKROCK 
SELAMATKAN MALAYSIA

HIMPUNAN MALAM INI
ANJURAN BDS DAN SSP
BDS - BOYCOTT DIVESTMENT SANCTION
SSP - SEKETERIAT SOLIDARITI PALESTIN
JUSTERU
SEMUA PEMBACA TUKAR TIUB
DI JEMPUT UNTUK
SAMA BERHIMPUN 
DAN BERSETIA KAWAN

KITA TIDAK ADA JALAN LAIN
MELAIANKAN TOLAK BLACKROCK
DEMI KESELAMATAN
MALAYSIA
AMIN

QATAR
ARWAH ISMAIL HANIYEH
SELAMAT DI KEBUMIKAN
DI DOHA

AMERIKA
PRESIDEN BIDEN BERKATA
KEMATIAN ISMAIL HANIYEH
TIDAK MEMBANTU
USAHA GENCATAN SENJATA
DI GAZA

BANGLADESH
PARTI JAMIAT ISLAM BANGLADESH
DI HARAMKAN BERGERAK
KERANA  TERLIBAT DALAM
DEMO YANG  BARU BERLAKU

VENEZUELA
EDMUNDO YANG KALAH
DALAM PILIHAN PRESIDEN
TELAH DIIKTIRAF
SEBAGAI PEMENANG
OLEH AMERIKA

AMERIKA
KAMALA HARRIS
DISAHKAN OLEH PARTI DEMOKRAT
SEBAGAI CALON PRESIDEN
WALAU PUN TIDAK PERNAH
DI UNDI

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU

TERKUKUR DAN TIONG
BERSUARA DISANA SINI
WARGA ASLI TERUS MENYALAK
BILA KAMI MELINTASI
DEPAN POKOK ARA

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE PASAR CHOW KIT
BUAH PALING MAHAL IALAH BUAH KIWI
DULU 8 BIJI 10 RINGGIT
SEKARANG 4 BIJI 10 RINGGIT
KIWI DARI CHINA MURAH
TAPI TAK SAMPAI
DALAM PASARAN 
KIWI  YANG ADA
DARI NEW ZEALAND

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SABTU

BRO
MAMAT YANG MALANG
AKAN LEMAS DALAM
CAWAN KOPI

BRO
BAHAGIA IALAH
APA LU PIKIR
APA LU CAKAP
DAN APA LU BUAT
SEMUA BERHARMONI

BRO
JIKA LU CUBA 
BANYAK KALI TAK BERJAYA
LU HAPUSKAN SEMUA BUKTI
YANG LU PERNAH MENCUBA
AMIN

LAKUAKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan