Ahad, 1 September 2024

APA GUNA PERPADUAN ?



Jangan timbulkan isu perkauman di media sosial, kata kata Tiong

SEMUA pihak disarankan agar tidak mencetuskan isu di media sosial yang boleh menyebabkan salah faham dan merosakkan perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Tiong King Sing.

Beliau berkata demikian selepas timbul kritikan terhadap sebuah video tular dalam talian yang mempromosikan pelancongan Melaka yang didakwa memfokuskan kepada elemen etnik tertentu.

Tiong berkata semakan oleh kementerian mendapati video tersebut dihasilkan oleh sebuah stesen televisyen di China untuk mempromosikan pelancongan Melaka kepada rakyat republik itu sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kita jangan mencipta isu yang tidak perlu. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu belajar untuk memelihara keharmonian dan perpaduan kerana ini adalah aspek yang paling penting untuk negara kita.

“Perdana menteri juga berusaha keras (untuk mengekalkan keharmonian) jadi beliau berharap kita dapat bersatu tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama. – 1 September, 2024.


KENAPA TAK

BOLEH ?

AMIN

NAK BIARKAN

PENDATANG

AMBIL ALIH

TANAH MELAYU

AMIN

PERPADUAN

NAK BUAT APA?

AMIN

NAK BIARKAN

CUKONG TERUS

KAYA RAYA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Bila ada perpaduan Cukong yg kaya. Bila tak ada Perpaduan, Menteri dan orang UMNO yang kaya .. Melayu miskin tetap jadi Kunta-Kinte selama nye.

    BalasPadam