Ahad, 22 September 2024

APA JANJI REFORMASI PADA PTPTN ?


PTPTN: 430,000 tak bayar balik pinjaman mungkin kena tindakan undang-undang

LUMUT – Kira-kira 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga kini berkemungkinan akan berdepan tindakan undang-undang.

Menteri Pendidikan Tinggi,  Zambry Abd Kadir berkata, mereka yang gagal dikesan itu sepatutnya mula membuat pembayaran balik pinjaman berjumlah hampir RM6 bilion.

Katanya, perkara yang telah dibincangkan secara mendalam dengan semua pihak termasuk di peringkat Jemaah Menteri itu akan diumumkan kelak oleh pihak PTPTN.

“(RM6 billion) merupakan satu jumlah yang sangat besar kepada negara. Wang bayaran balik itu bukan untuk kegunaan kerajaan, sebaliknya kita hendak salurkan kembali kepada pelajar akan datang.

“Justeru, saya harap mereka yang selama ini tidak peduli (untuk bayar balik pinjaman PTPTN) untuk kembali kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN di Hotel Ritz Garden Manjung, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid serta Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak Andi Nurali Mohamed.

Seramai 185 pelajar dari Lumut yang akan memasuki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada Oktober depan menerima WPP RM1,500 setiap seorang, sementara 30 pelajar dari Beruas menerima WPP jumlah sama.

Tambah Zambry, walaupun tidak menolak kemungkinan tindakan perundangan akan diambil, namun tegas beliau PTPTN masih mengamalkan konsep berhemah supaya mereka dapat memulakan pembayaran balik pinjaman tabung pendidikan dalam tempoh segera.

Ujar beliau, PTPTN bersedia dengan tangan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan yang terbabit serta mengambil tindakan perlu termasuk dalam soal penstrukturan semula bayaran.

“Oleh itu saya mahu mereka ini datang kepada kita untuk menceritakan tentang kekangan dihadapi (untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN) sama ada dalam hal ekonomi dan sebagainya.

“Akan tetapi dalam kita berhemah, mereka juga perlu mempunyai tanggungjawab moral untuk dilaksanakan. Kita akan melihat apakah tindakan-tindakan seterusnya yang akan kita umumkan,” katanya.

KALAU TAK ADA

KERJA MACAM

MANA?

KAH KAH KAH

APA JANJI

REFORMASI

PADA PTPTN?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

  1. Parti TALİBAN PAS yang janji write-off hutang PTPN. Masa dalam Kerajaan 33 bulan, yillek.

    BalasPadam
  2. jangan phitnah... "saya tak pernah janji hapus ptptn, yang janji pas.." kata mat munafik

    BalasPadam
  3. Non tak boleh mansuhkan PTPTN seperti di JANJIKAN .. sebab harge petrol Arab nayik.

    BalasPadam