Ahad, 29 September 2024

CUN BERGETAH SAMPAI KE TUA



Nenek 80 tahun antara finalis pertandingan Miss Universe Korea


SEOUL: Seorang nenek berusia 80 tahun bukan saja cantik, tetapi berpeluang dinobatkan sebagai Miss Universe Korea.

Choi Soon-hwa yang sebelum seorang model fesyen, adalah wanita tertua yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik itu.

Walaupun rambut beruban, kulit kendur dan matanya sudah mempunyai kedutan, tetap kelihatan awet muda hingga beliau antara yang dinobatkan sebagai finalis dalam pertandingan kebangsaan pada awal bulan ini, bersaing dengan wanita muda mungkin seusia cucunya untuk mengejar gelaran ratu cantik.

Jika beliau berhasil menewaskan 31 finalis lain pada Isnin ini, beliau akan memenangi peluang mewakili Korea Selatan pada pertandingan Miss Universe ke-73 di Mexico City pada 16 November depan, sekali gus menjadikannya peserta tertua dalam sejarah pertandingan antarabangsa itu.

Ketika ditemu bual CNN, beliau tampak cukup bersemangat membuang tanggapan stereotaip mengenai penuaan dan menyatakan mahu membuat 'kejutan' pada dunia.

"Saya mahu membuktikan bagaimana seorang wanita berusia 80 tahun masih sihat," katanya yang turut berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain dengan menunjukkan bahawa usia tua tidak menghalang seseorang dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan, lapor CNN hari ini.

Pertubuhan Miss Universe baru-baru ini menaikkan had umur peserta yang sebelum ini ditetapkan pada usia 28 tahun, sekali gus membolehkan Soon-hwa menyertainya.

"Sekarang sekatan umur ditarik balik, saya harus mengambil bahagian menyertainya," katanya.

Walaupun ia pertandingan pertamanya, Soon-hwa menemui kerjaya baharu sebagai model pada usia 70-an.

Selepas bersara daripada pekerjaannya dan menghadapi masalah kewangan, beliau kembali bekerja sebagai penjaga hospital ketika berusia 50-an.

Katanya, salah seorang pesakitnya memberi galakan kepadanya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang peragaan sekiranya memekarkan kembali impian lamanya.

"Saya fikir ia satu perkara karut," katanya namun cadangan itu membangkitkan impian masa kecilnya.

Beliau mula menjadi model pada usia 72 tahun, akhirnya membuat penampilan sulungnya di Minggu Fesyen Seoul pada usia 74 pada 2018 dan muncul dalam majalah utama seperti Harper's Bazaar dan Elle.

"Menjadi model seperti membuka pintu kepada laluan baharu untuk saya," katanya.

Soon-hwa, akan berusia 81 tahun pada bulan depan dan mempunyai tiga cucu, berkata keluarganya cukup memberi sokongan mengenai apa dilakukannya.

"Anak lelaki saya berkata dia bangga dengan saya. Cucu-cucu juga kagum, menyatakan saya seorang nenek yang hebat," katanya.

Dalam pertandingan Miss Universe Korea 2024, yang mengeluarkan segmen baju renang, Soon-hwa akan menyanyikan sebuah lagu dengan peserta lain mempamerkan bakat seperti menari atau berjalan dengan 'hanbok' iaitu pakaian tradisional Korea.

Mengimbas kembali pertandingan itu, Soon-hwa berkata, kelihatan cantik pada luaran penting, tetapi. anda perlu menjadi seorang yang berfikiran positif.

"Ramai orang negatif hari ini," katanya yang percaya pengalaman peragaannya akan memberi kelebihan kepadanya, terutama dalam menguasai pentas peragaan.

Beliau teruja dengan peluang mewakili Korea Selatan di luar negara, satu impian yang sudah diidam-idamkan.

"Saya selalu bermimpi untuk naik ke pentas di luar negara... saya sudah bersedia!" katanya sambil berkongsi Jepun satu-satunya negara yang telah dilawatinya setakat ini. - AGENSI

CUN BERGETAH

SAMPAI KE TUA

AMIN

APA RAHSIA

NENEK INI ?

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Hisham tak kahwin lagi kan,? Boleh lah buat bini

    BalasPadam