Jumaat, 27 September 2024

DEMO SETAHUN PERANG GAZA


1 juta penduduk Gaza perlu tempat perlindungan sebelum musim sejuk - Pelapor Khas PBB

GENEVA: Sejuta penduduk di Gaza memerlukan tempat perlindungan dengan segera sebelum tiba musim sejuk, kata Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak perumahan, Balakrishnan Rajagopal.

"Sejuta orang di Gaza memerlukan bekalan tempat perlindungan yang mendesak sebelum musim sejuk tiba.

"Tindakan segera diperlukan!" katanya dalam hantaran melalui X, semalam.

Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menggesa gencatan senjata dilaksanakan dengan segera.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, hampir 41,500 orang terbunuh dan lebih 96,000 lagi cedera, setakat ini.

Serangan Israel menyebabkan hampir keseluruhan penduduk di wilayah itu kehilangan tempat tinggal, tatkala sekatan berterusan menyebabkan kekurangan teruk bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tindakannya di Gaza. – BERNAMA-ANADOLU

TURUN TURUN

TURUN

AMIN

TURUN BERDEMO

SETAHUN

PERANG GAZA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan