Sabtu, 21 September 2024

GANJA UNTUK KESEHATAN


Thailand usul undang-undang kawal selia ganja

BANGKOK: Thailand mengusulkan Rang Undang-undang (RUU) baharu untuk mengawal selia industri ganja dan mengehadkan penggunaan ganja hanya untuk tujuan kesihatan dan perubatan.

Ia usaha terbaharu untuk mengekang penggunaannya secara rekreasi selepas beberapa pusingan U dibuat terhadap dasar sebelum ini.

Di bawah deraf RUU itu, ganja atau ekstraknya akan dibenarkan untuk rawatan perubatan dan penyelidikan oleh agensi negeri, selain penggunaannya dalam produk herba, makanan dan kosmetik.

RUU baharu itu diterbitkan Kementerian Kesihatan Awam awal minggu ini , hanya beberapa hari selepas pentadbiran baharu Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, menerajui pentadbiran.

Deraf RUU itu kelihatannya mengambil sikap lebih lembut berbanding usaha kerajaan terdahulu dalam mengawal selia industri berkenaan.

RUU terbaharu tidak lagi mengandungi klausa yang secara jelas melarang penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi, yang dicadangkan dalam deraf terdahulu oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Srettha Thavisin.

Ia juga bermakna kerajaan baharu sudah mengenepikan tawaran untuk mengklasifikasikan semula bahan itu sebagai narkotik.

Namun, sesiapa yang mengambil ganja atau ekstraknya untuk kegunaan yang tidak dinyatakan dalam RUU akan berdepan denda sehingga 60,000 baht (RM7,601).

Penjual ganja atau produknya untuk kegunaan yang tidak dinyatakan di bawah undang-undang pula bakal menghadapi hukuman penjara maksimum setahun atau denda 100,000 baht (RM12,670) atau kedua-duanya.

Peraturan sedemikian sekali gus menghalang penggunaan ganja secara bebas di Thailand, negara pertama di Asia yang menyahjenayahkan tumbuhan itu pada 2022.

Kelompangan undang-undang mengakibatkan lebih 9,400 premis perniagaan ganja dibuka di seluruh negara, dengan banyak bertumpu di kawasan pelancongan dan daerah perniagaan yang popular di Bangkok.

Deraf RUU itu juga memerlukan peraturan pelesenan lebih ketat mengenai penanaman, penjualan, eksport dan import kanabis.

Penanam semasa, pembekal atau perniagaan berkaitan dikehendaki memiliki atau memohon lesen atau permit baru atau menghadapi hukuman penjara atau denda yang tinggi.

Biarpun RUU membuka laluan lebih baik untuk industri ganja, ia masih menimbulkan cabaran pematuhan bagi penanam, premis perniagaan dan sejumlah besar firma agro pengguna yang sudah pun muncul di seluruh Thailand.

Mereka menjual segala-galanya daripada tunas kanabis kepada ekstrak minyak dan gula-gula, yang mana mengikut undang-undang semasa, mesti mengandungi tidak lebih daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol, iaitu sebatian psikoaktif yang memberikan sensasi tinggi.

Kementerian Kesihatan masih boleh membuat perubahan kepada undang-undang sebelum dirujuk ke Kabinet, yang kemudiannya akan dibentang ke Parlimen untuk kelulusan. - AGENSI

UNDANG UNDANG

BARU UNTUK

KAWAL GANJA

AMIN

KITA WAJIB

IKUT CARA SIAM

AMIN

2 ulasan:

  1. Kau memang suka ganja TT. Elon kau makan, biar cepat mampos.

    BalasPadam
  2. Somaso ujung 60an-1971 tiap ghumah ado sopasu duo pokok ganja. Jam tu kok ujong bulan abah den (Cik Gu) kok nak nambah kosodopan akan potik solai-duo daun ganja tanakkan dlm nasik .. mang aii sodapnyo, lauk tak do pon takpo .. save-bajet. Tu lah ganja yg torkawal amat baek ontok rakyat yg sengkek yg makan tak berlauk..

    BalasPadam