Sabtu, 28 September 2024

GARIS MERAH ?

 



Tentera Israel dakwa 'hapus' ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah dalam serangan Beirut

BAITULMAQDIS: Tentera Israel hari ini mengumumkan Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan yang dilakukannya di Beirut pada malam tadi.

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan daripada kumpulan pejuang Lubnan.

"Hassan Nasrallah sudah meninggal dunia," kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Nadav Shoshani dalam catatan di platform sosial X.

Seorang lagi jurucakap tentera, Kapten David Avraham, turut mengesahkan kepada AFP mengenai maklumat kematian ketua Hizbullah yang 'dihapuskan' dalam serangan Jumaat di ibu negara Lubnan.

Sementara itu, menurut sumber yang rapat dengan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran dengan syarat namanya tidak disiarkan, memaklumkan kepada AFP, hubungan komunikasi dengan Nasrallah terputus sejak petang semalam.

Menurut sumber itu lagi, komunikasi dengan Nasrallah terputus sejak dua hari dan beliau yang dikhabarkan terbunuh dalam perang terakhir Israel dengan Hizbullah pada 2006, tetapi kemudiannya muncul semula tanpa sebarang kecederaan.

Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi daripada Hizbullah mengenai nasib Nasrallah sejak pengumuman tentera Israel.

Sementara itu, tentera Israel dalam kenyataannya memaklumkan, serangan itu turut membunuh Ali Karake yang dikenal pasti sebagai komander barisan hadapan selatan Hizbullah dan beberapa komander Hizbullah lain yang tidak dinyatakan jumlahnya.

"Serangan itu dilakukan ketika pemimpin kanan perintah Hizbullah beroperasi dari ibu pejabat dan semakin menggandakan serangan terhadap rakyat Israel," kata kenyataan itu.

"Semasa pemerintahan Hassan Nasrallah selama 32 tahun sebagai Setiausaha Agung Hizbullah, beliau bertanggungjawab atas pembunuhan ramai orang awam dan tentera Israel dan terbabit dalam perancangan serta pelaksanaan beribu-ribu aktiviti keganasan," kata kenyataan itu.

Hizbullah mula menyasarkan serangan terhadap Israel sehari selepas serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel selatan yang mencetuskan perang di Gaza.

Israel dalam beberapa hari kebelakangan ini mengalihkan tumpuan operasinya dari Gaza ke Lubnan, di mana pengeboman besar membunuh lebih 700 orang dan menyebabkan sekitar 118,000 orang kehilangan tempat tinggal. - AFP

WOIT

BERAPA KALI

NAK UMUM

LINTAS GARIS

MERAH

AMIN

SERANG PERANG

HABIS HABISAN

AMIN

SAMPAI ISREAL

HANCUR LEBUR

AMIN

KHALAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan