Rabu, 18 September 2024

ISRAEL SERANG LEBANON



11 terbunuh, 4,000 cedera akibat letupan serentak alat kelui di serata Lubnan


BEIRUT: Letupan 'pager' atau alat kelui di seluruh Lubnan mengorbankan 11 orang setakat ini dan mencederakan lebih 4,000 yang lain termasuk pejuang Hizbullah dan kakitangan perubatan.

Pejuang Hizbullah memberi amaran akan membalas dendam terhadap Israel selepas menuduh mereka dalam kes letupan peranti telekomunikasi mudah alih itu di seluruh Lubnan.

Menteri Penerangan Lubnan, Ziad Makary, mengecam 'serangan' menyasarkan alat kelui iaitu peranti telekomunikasi yang banyak digunakan oleh Hizbullah dan pihak lain di Lubnan.

Hizbullah menyatakan bahawa Israel akan menerima hukumanan yang setimpal atas serangan terbabit.

Tentera Israel yang terbabit dalam pertempuran rentas sempadan dengan Hizbullah yang disokong Iran sejak tercetusnya perang Gaza pada Oktober tahun lalu enggan memberi komen mengenai kes letupan berkenaan.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, jumlah kematian meningkat dari lapan kepada sembilan orang mangsa semalam, manakala jumlah yang cedera sudah melebihi 4,000 mangsa.

Dalam pada itu, Hizbullah mengesahkan bahawa jumlah kematian itu termasuk sekurang-kurangnya dua pejuangnya dan seorang kanak-kanak perempuan.

Peranti telekomunikasi mudah alih berkenaan meletup di selatan Lubnan di kawasan pinggir selatan Beirut yang dikenali sebagai Dahiyeh dan Lembah Bekaa di timur iaitu lokasi kubu kuat Hizbullah.

Sebuah video pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) yang terbitkan penyiar serantau menunjukkan seorang lelaki sedang membayar di kaunter kedai runcit apabila alat kelui yang diletakkan di sebelah juruwang meletup.

Seorang pegawai Hizbullah yang enggan dikenali berkata, tragedi itu adalah 'pelanggaran keselamatan terbesar' bagi kumpulan itu dalam hampir setahun konflik dengan Israel.

Kumpulan pejuang Palestin Hamas, yang melancarkan perang dengan Israel di Gaza, berkata letupan kelui adalah 'peningkatan keganasan' yang hanya akan membawa Israel kepada 'kegagalan dan kekalahan'.

Penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) untuk Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert, mengecam serangan itu dalam satu kenyataan dan berkata ia 'menandakan peningkatan keganasan yang amat membimbangkan' dalam konflik itu.

Washington berkata ia tidak terlibat dalam letupan itu dan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab, ketika Amerika Syarikat (AS) memperbaharui gesaan untuk penyelesaian diplomatik kepada ketegangan antara Israel dan Lubnan.

Tanpa mengulas secara langsung mengenai letupan di Lubnan, jurucakap tentera Israel berkata ketua kakitangan, Mejar Jeneral Herzi Halevi, bertemu dengan pegawai kanan pada petang Selasa untuk menilai keadaan.

"Tiada perubahan dasar diumumkan tetapi 'kewaspadaan mesti terus dikekalkan'," katanya.

Pejuang Hizbullah telah menggunakan alat kelui sebagai alat komunikasi berteknologi rendah dalam usaha mengelak penjejakan lokasi Israel, kata dua sumber yang biasa dengan operasi kumpulan itu kepada Reuters tahun ini.

Alat kelui ialah peranti telekomunikasi tanpa wayar yang menerima dan memaparkan mesej.

Duta Iran ke Lubnan, Mojtaba Amani, mengalami kecederaan ringan akibat letupan alat kelui pada Selasa dan sedang dalam pemerhatian di hospital, kata agensi berita Iran, Fars.

Korban lain termasuk pejuang Hizbullah termasuk anak kepada pegawai tertinggi kumpulan bersenjata itu, kata dua sumber keselamatan kepada Reuters.

"Ini bukan sasaran keselamatan satu, dua atau tiga orang. Ini adalah sasaran seluruh negara," kata pegawai kanan Hizbullah Hussein Khalil.

Air France mengumumkan pada Selasa bahawa ia menggantung penerbangan antara Paris dengan Beirut dan Tel Aviv hingga Khamis kerana kebimbangan keselamatan.

Terdahulu pada Selasa, agensi keselamatan domestik Israel berkata ia berjaya menggagalkan rancangan Hizbullah untuk membunuh seorang bekas pegawai kanan pertahanan dalam beberapa hari akan datang.

Hizbullah berkata ia mahu mengelakkan konflik habis-habisan dengan Israel tetapi hanya penamatan perang Gaza akan menghentikan pertempuran rentas sempadan.

Selepas letupan Selasa, banyak ambulans dilihat bergegas melalui pinggir bandar selatan Beirut ketika sebahagian besar penduduknya panik menghadapi 'serangan'.

Di Hospital Mount Lebanon di luar Beirut, seorang wartawan Reuters melihat motosikal bertali arus ke bilik kecemasan dan orang ramai dengan tangan berdarah menjerit kesakitan.

Ketua hospital awam Nabatieh di selatan negara itu, Hassan Wazni, memberitahu Reuters bahawa kira-kira 40 orang yang cedera sedang dirawat di kemudahannya. Kecederaan itu termasuk kecederaan di muka, mata dan anggota badan. - REUTERS


WOIT

HIZBULLAH

TAK PERLU

CAKAP BANYAK

AMIN

HANYA SATU

NAK TANYA

AMIN

BILA NAK 

SERANG ISRAEL

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

  1. haha.. sudahnya hizbullah pun lu sound..

    BalasPadam
  2. Pertama sekali jangan pakai teknologi orang lain, kan dah kena, guna balik unta guna balik ikut budaya lama kuno senang kah kah kah

    BalasPadam
  3. Tech ol skool sapa suruh pakai...lawak. next buat smoke signal cam red indian dulu...asap tak letup.

    BalasPadam