Jumaat, 13 September 2024

JUMPA PISTOL DAN DADAH




Polis jumpa pistol dan dadah, Yusoff Rawther ditahan

BEKAS pembantu penyelidik Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan selepas beliau didapati memiliki dua pistol dan lebih 300 gram ganja, kata peguamnya Rafique Rashid.

Rafique berkata anak guamnya menegaskan pistol dan dadah tersebut diletakkan dalam keretanya sebagai perangkap oleh pihak yang mempunyai dendam atau permusuhan dengannya.

Katanya, Yusoff berada dalam tahanan polis sejak 6 September selepas ditahan oleh polis Kuala Lumpur yang menemui pistol dan dadah berkenaan di dalam keretanya.

“Pada 6 September kira-kira 9.30 pagi, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sepasukan polis di Kuala Lumpur. Polis dilaporkan menemui dua pistol dan dadah disyaki ganja seberat 305 gram di dalam keretanya.

“Yusoff kini ditahan hingga tamat tempoh remannya esok.

“Siasatan dijalankan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah reman pertama berkaitan Akta Senjata Api 1960 ditolak.

“Yusoff menyatakan secara jelas pada pihak siasatan pistol dan dadah tersebut bukan miliknya dan dia tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut. Ujian saringan air kencing juga negatif,” kata Rafique.

Pada Julai 2021, Yusoff memfailkan saman terhadap Anwar mendakwa perdana menteri itu melakukan serangan seksual terhadapnya.

Yusoff menuntut ganti rugi khas, umum, teruk, teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar memfailkan tuntutan balas terhadap Yusoff dengan menyatakan dakwaan salah laku seksual itu tidak benar dan berunsur rekaan semata-mata.

Anwar menerusi penyata pembelaan difailkan pada 28 September, 2021 mendakwa Yusoff menipu kepada pihak berkuasa berkaitan serangan seksual itu.

Presiden PKR itu yang memfailkan tuduhan balas pada tarikh sama berkata Yusoff mereka-reka dakwaan serangan seksual itu bertujuan mencemarkan kerjaya politiknya bagi memastikan beliau tidak menjadi perdana menteri.

Pada 9 September, 2022 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohohan Yusoff untuk menarik keluar beberapa perenggan dalam penyata pembelaan dan tuduhan balas Anwar.

Dalam kenyataannya kepada polis selepas ditahan, Yusoff berkata senjata dan dadah itu diletakkan di dalam kereta oleh pihak yang berdendam dengannya.

“Mereka yang Yusoff maksudkan sudah pun dibekalkan nama serta kaitan penama tersebut dengan pimpinan politik negara.

“Yusoff juga risau keselamatannya tambahan kes sivil beliau sebelum ini terkait dengan individu berpengaruh dan masih berjalan,” kata Rafique. – 11 September, 2024.



WOIT

POLIS JUMPA

PISTOL

AMIN

POLIS JUMPA

GANJA

AMIN

KITA TUNGGU

APA KAN JADI

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan