Isnin, 30 September 2024

KES JANTAN YAHUDI


Perbicaraan kes warga Israel perdagang senjata api dan peluru bermula Januari 2025

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menetapkan perbicaraan kes warga Israel, Avitan Shalom berkaitan tuduhan perdagang enam pistol dan memiliki 158 peluru bermula Januari tahun depan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norina Zainol Abidin menetapkan perbicaraan akan bermula pada 6 Januari selama empat hari sehingga 9 Januari sebelum disambung pada 14 hingga 16 dan 20 hingga 23 Januari.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Rullizah Abdul Majid yang mengendalikan pendakwaan memberitahu mahkamah pihak pendakwaan akan mengemukakan 30 saksi.

Ditanya oleh mahkamah sama ada pendakwaan sudah menyediakan kenyataan saksi, Mohammad Mustafa berkata, pihaknya dalam proses menyiapkan dan akan menyediakan semua kenyataan saksi itu.

Mei lalu, Avitan, 38 yang diwakili peguam Sreekant Pillai dan Jeffrey Ooi mengaku tidak bersalah di mahkamah sama, atas tuduhan pindaan memperdagang enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 200 peluru di sebuah hotel di ibu negara, Mac lalu.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Shalom didakwa memperdagang enam jenis pistol antara jam 6.46 petang, 26 Mac dan 6 petang, 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, Jalan Ampang di sini.

Enam pistol berkenaan adalah Glock 19 USA 9x 19 (sebelum ini 9x 10), Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P (sebelum ini N&P), 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F (pindaan pada nombor siri).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat tidak kurang enam kali.

Bagi pertuduhan pindaan kedua membabitkan pertambahan bilangan peluru, pada masa, tarikh dan tempat sama.

Shalom didakwa memiliki satu kotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd yang masing-masing mengandungi 50 butir peluru, 16 butir peluru yang berada di dalam senjata api Glock 17, 11 butir peluru yang berada di dalam senjata api, M&P 9C Smith & Wesson dan 15 butir peluru dalam senjata api, Stoeger Cougar 8000F.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali.

INI KES PELIK

LAGI MELIK

JENG JENG JENG

KITA TELITI APA

AKAN TERJADI

JENG JENG JENG

ZIONIS BERSARANG

SAPA AJEN ZIONIS

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. Cerita ulang tayang bagus, supaya rakyat sentiasa cermin diri, supaya tidak mudah lupa, dengan teknologi setiap masa ada cerita baru, lebih sensasi lebih baik kalau cerita artis bercinta bergaduh bercerai talak beranak pun masuk cerita, semuanya jadi tarikan netizen, orang kita lah siapa lagi, jadi ulang tayang bagus, kalau boleh cuba ulang tayang cerita filem p. Ramlee baru akan sedar beberapa perkara telah bawa berpuluh tahun dahulu tetapi masih sama kah kah kah

    BalasPadam
  2. Konsep Malaysia Boleh ini memang boleh, selepas kematian tiga orang dan beberapa cedera parah sudah dikenalpasti pemandu lori mempunyai lebih 30 saman kesalahan trafik, wow hebat sebanyak 30 kali lebih melakukan kesalahan tetapi dibiarkan memandu, selepas itu terbaik positif dadah lagi, kenapa dibiarkan? Selama ini agensi penguatkuasaan buat apa? Hanya melaporkan selepas sesuatu berlaku? Sebab itulah kena ambil warga asing bekerja sebagai pengawal keselamatan sampai tahap itu, menjaga keselamatan pun diberikan kepada warga asing, orang sendiri tidak boleh dipercayai, inikan pulak orang kita yang fokus makan tidur rasuah setiap masa, kah kah kah tolonglah ubah sedikit buang semua yang menjadi parasit perasuah pada pertama kali terus, tolong sangat seronok mereka kerana khayalan dadah orang kita yang mati katak atas jalan kah kah kah amin

    BalasPadam