Lantik pihak berkecuali draf MoU, elak pertikaian berterusan - Penganalisis politik
KUALA LUMPUR : Pihak berkecuali boleh dibentuk untuk menyediakan draf Memorundum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang sekaligus mengelak pertikaian isu MoU berterusan yang akhirnya tidak menguntungkan rakyat.
Penganalisis politik berpendapat, pihak berkecuali yang diterima kedua-dua pihak ini mesti bertindak mengumpul seberapa banyak cadangan, permintaan serta syor dari kerajaan dan pembangkang, sebelum satu draf akhir MoU dikemukan untuk dipersetujui.
Penganalisis politik yang juga Prof Khas Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ismail Sualman berkata, draf MoU itu mesti meletakkan keadilan kepada semua pihak atau berada di situasi menang-menang serta tidak bersifat berat sebelah.
"Sekarang ini kerajaan sudah pun dibentuk. Keutamaan kini adalah kepada rakyat dan negara. Jadi, wajar kedua-dua pihak hentikan 'politiking' yang tidak berkesudahan dan menumpukan kepada usaha untuk mencari kesepakatan bersama dalam memeterai MoU.
"Setiap wakil rakyat yang dipilih, mereka mempunyai tanggungjawab kepada rakyat dan pengundi dikawasannya. Sebahagian mereka amat memerlukan peruntukan dan dana segera untuk disalurkan kepada kawasan dan pengundinya.
"Jadi, kalau isu MoU ini berpanjangan, ia tidak mendatangkan faedah. Malah, ini boleh menjadi sebab sebilangan Ahli Parlimen khususnya pembangkang terpaksa beralih sokongan kepada kerajaan, biarpun tanpa melompat parti, yang akhirnya juga akan memberi sentimen tidak baik kepada kedudukan kerajaan," katanya.
Ditanya sama ada wajar drafnya perlu menyerupai klausa dalam MoU ketika era pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri, beliau berkata kandungan MoU itu sebaiknya mengikut kehendak dan situasi politik semasa.
Justeru itu, katanya hal berkaitan 3R (agama, raja dan bangsa) masih wajar dimuatkan dalam MoU, memandangkan ganggu gugat politik yang mengundang keresahan dan kebimbangan ramai termasuk pihak berkuasa waktu ini, amat berkait dengan sentimen 3R.
"Cumanya, isu 3R ini tak seharusnya hanya mengikat Ahli-ahli Parlimen pembangkang, sebaliknya turut diperluas kepada semua wakil rakyat kerajaan juga. Jadi, kedua-dua pihak atau orang politik lain, mereka mesti bertanggungjawab dan berhati-hati dalam percakapan serta tidak sewenang-wenangnya memanipulasi isu 3R untuk kepentingan politik mereka.
"Biarpun dalam MoU sebelum ini (ketika pertadbiran Ismail Sabri) tidak disentuh 3R, namun realiti politik ketika ini, ia wajar dimuatkan sebab yang mencetuskan kehangatan isu 3R ini pun orang politik sendiri, tak kira mereka dari mana-mana pihak," katanya.
MoU Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai pada 13 September 2021, mengandungi klausa perjanjian yang hanya berkait urusan di Parlimen seperti komitmen menyokong atau berkecuali terhadap usul dan Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentang kerajaan di Dewan Rakyat serta usaha transformasi dalam pentadbiran.
Berbeza dengan MoU terbaru ini, ia memuatkan komitmen wakil rakyat khususnya pembangkang supaya mengelak membangkitkan isu 3R, kenyataan mengandungi elemen hasutan serta keganasan, sama ada secara lisan atau bukan lisan.
Sementara itu, penganalisis politik yang juga Ahli Sains Politik, Universiti Sunway, Prof Wong Chin Huat berkata, pembangkang wajar diberi ruang untuk memberi cadangan dalam MoU, memandangkan pokok rundingannya adalah berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat.
Beliau berkata, sudah ada beberapa negeri menyediakan sistem bagi menyelenggara dana peruntukan, yang mana ia sebenarnya boleh dijadikan rujukan.
"Kita ada contoh yang boleh dijadikan tauladan iaitu di Perak dan Kelantan. Sejak Disember 2020, kemudian selepas PRU lalu, di Kelantan mereka memberikan dana kepada wakil rakyat pembangkang.
"Apa yang kita perlukan supaya dikanunkan (dijadikan undang-undang) saja agar ia tidak berubah pada masa depan.
"Kerajaan Perak dan Kelantan seharusnya membuat enakmen untuk mengkanunkan MoU, dimana ia akan menjadi tauladan dan menunjukkan sama ada kerajaaan Madani juga berminat untuk membawa reformasi," katanya.
Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menolak draf MoU yang dikemuka kerajaan, mendakwa ia mempunyai niat tersirat untuk mengekang kebebasan Ahli Parlimennya.
Kita manusia, kalau orang tak suka, kena blah sebelum dihalau keluar, manusia ada akal, bukan mohong sepanjang masa, dulu cakap macam-macam mohong sekarang semua sudah tahu kah kah kah, berapa lama mohong akan bertahan? Paling terbaik mohong turun harga minyak kah kah lain boleh terima lagi apabila harga minyak dunia turun kita masih kekal kah kah kah
BalasPadamPas peliwat? Apa kata anda?
BalasPadamPas peliwat? Apa kata anda?
BalasPadam