Jumaat, 20 September 2024

MALBATT DI BAWAH PBB



Diserang orang awam: 

Anggota MALBATT 

di Lubnan selamat, 

FRR rosak
KUALA LUMPUR- Anggota MALBATT 850-11 yang tular berdepan tindakan agresif orang awam di Lubnan, 18 September lalu selamat dan kini meneruskan rutin tugasan seperti biasa.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata, tiada kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota MALBATT terbabit.

Bagaimanapun, kedua-dua kenderaan Fitted For Radio (FRR) telah mengalami kerosakan.

Katanya, ketika kejadian kira-kira 5.32 petang waktu tempatan (11.32 malam waktu Malaysia), Rabu lalu, trup MALBATT 850-11 sedang diatur gerak dalam misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).

Insiden itu berlaku apabila kedua-dua buah kenderaan yang dinaiki oleh tiga orang pegawai dan tujuh anggota Lain-Lain Pangkat dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah MALBATT 850-11 setelah selesai melaksanakan penugasan force protection di Kem Shama, Markas UNIFIL.

“Ketika melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre, telah berlaku kesesakan luar biasa.

“Ketika itu, ramai orang awam sedang mengawal lalu lintas yang mana terdapat banyak kenderaan ambulan dan bomba yang melalui dari kedua-dua arah.

“Secara tiba-tiba, sekumpulan orang awam bertindak agresif cuba memberhentikan kedua-dua buah kenderaan MALBATT.

“Hampir 30 orang awam kemudiannya membaling batu serta memancitkan kesemua tayar kenderaan MALBATT menggunakan senjata tajam.

“Bagi mengelak kejadian yang lebih buruk, ketua pergerakan telah mengarahkan kedua-dua kenderaan berhenti di tepi jalan yang selamat dan kekal berada di dalam kenderaan bagi menanti bantuan. Lebanon Armed Forces (LAF) telah tiba dilokasi dan seterusnya berjaya mengawal keadaan.

“Pihak LAF juga telah membantu mengkoordinasikan loader bagi membawa balik kenderaan serta anggota MALBATT ke Kem Marakah,” kata kenyataan itu.

Kesemua anggota berserta kenderaan selamat tiba di Kem Marakah pada jam 7.39 petang waktu tempatan (1.39 pagi waktu Malaysia).

“Semua pihak diminta agar untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut yang boleh mencemarkan imej ATM khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya,” katanya lagi.- 

KITA BERSAMA

PBB - UN

AMIN

PAKAI BENDERA

PBB DAN PAKAI

BERET BIRU

AMIN

MALBATT 

BUKAN PAKAI

BENDERA

JALUR TEMBERANG

YG RUPA SAMA

MACAM BENDERA

AMERIKA

KENAPA KITA

DISERANG?

JENG JENG JENG

 KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan