Jumaat, 6 September 2024

MENCARI JALAN DAMAI



Putin sedia berbincang dengan Ukraine


MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, berkata beliau sedia untuk berbincang dengan Ukraine atas dasar perjanjian yang dibatalkan antara perunding Moscow dan Kyiv yang dicapai di Istanbul pada 2022.

"Adakah kami bersedia untuk berunding dengan mereka?.

"Kami tidak pernah menolak untuk berbuat demikian, tetapi bukan atas dasar beberapa tuntutan sementara, tetapi berdasarkan dokumen-dokumen yang dipersetujui dan sebenarnya diinisialkan di Istanbul," kata Putin pada forum di Vladivostok.


Russia sebelum ini berkata, pencerobohan Kyiv ke atas wilayah Kursk menyebabkan perbincangan tidak dapat dilakukan.

Kremlin berulang kali mendakwa Russia dan Ukraine berada di ambang perjanjian pada musim bunga 2022, sejurus selepas Moscow melancarkan serangannya di Ukraine.

"Kami berjaya mencapai persetujuan, itulah intipatinya. Tandatangan ketua delegasi Ukraine yang memulakan dokumen ini membuktikan perkara ini, yang bermaksud bahawa pihak Ukraine secara amnya berpuas hati dengan perjanjian yang dicapai," kata Putin.

"Ia tidak berkuat kuasa hanya kerana mereka diberi arahan untuk tidak berbuat demikian, kerana golongan elit Amerika Syarikat, Eropah, beberapa negara Eropah mahu mencapai kekalahan strategik Russia," tambah Putin.

Dalam kejadian terbaharu, sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh, manakala 271 lagi cedera susulan Russia menyasarkan dua peluru berpandu balistik ke atas institut ketenteraan di bandar Poltava di tengah Ukraine.

Ia dipercayai adalah serangan tunggal yang paling banyak meragut nyawa dalam perang tahun ini.

Rakaman gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan beberapa mayat remaja lelaki bergelimpangan di atas kawasan yang dipenuhi runtuhan, berlatarbelakangkan keadaan bangunan yang rosak teruk.

INI BERITA BAIK

CARI JALAN DAMAI

AMIN

DAH BERATUS

RIBU MATI

AMIN

DAH BERJUTA

HILANG RUMAH

AMIN

APALAGI NAK

DI TUNGGU

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. eh... lu orang paling seronok bila perang rusia ukraine mula.. apasal lu tuti ?

    BalasPadam