Ahad, 15 September 2024

MENGALIH LABON ORANG RAMAI


Tiba-tiba isu “kursus meliwat” menjadi besar; cerita Yusoff Rawther dan sijil halal tenggelam…
MINGGU lepas dua isu besar berlaku. Tetapi tiba-tiba, dua isu itu secara mengejut ditutupi dengan isu Global Ikhwan (GISB). Ia membabitkan isu yang cukup luar biasa iaitu isu meliwat dan “kursus meliwat” di kalangan kanak-kanak; ajaran sesat dan isu pengabaian kanak-kanak yang didakwa dilakukan pertubuhan itu.

Ketua Polis Negara yang juga kelihatan agak teruja turut membuat sidang akhbar secara siaran langsung.

Dua isu besar sebelum itu iaitu kes pembantu Anwar Ibrahim, Yusoff Rawther yang dikatakan “telah ditanam” di dalam keretanya dengan dadah dan dua pucuk pistol; serta isu pertikaian sijil halal oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok — tiba-tiba hilang dari radar.

Benarkah isu GISB tiba-tiba ditimbulkan bagi menutup isu Yusoff dan Teresa Kok?

Itu adalah pandangan umum. Saya hanya mengangkat pandangan itu dalam tulisan ini. Namun, saya juga kehairanan?

Kehairanan dengan tuduhan ke atas Yusoff yang tiba-tiba hilang hangatnya. Berita susulan dan follow up ke atas isu itu juga hilang. Isu sijil halal Teresa yang dikatakan melanggar peraturan 3R, yang boleh menyebabkan umat Islam “terkilan”, juga hilang.

Seorang peguam terkenal, sahabat saya, juga terkejut dengan diversion dan lencongan itu. “Saya kehairanan isu yang besar seperti Yusoff Rawther, yang menghadapi pertuduhan serius 39B dan memiliki senjata api telah dialihkan ke isu GISB?”

Bagi saya yang turut memiliki ilmu dalam pengurusan krisis tidak hairan dengan taktik itu. Ia adalah satu diversion yang boleh dibuat bagi mengalihkan perhatian daripada isu yang boleh memudaratkan sesuatu pihak, kepada suatu isu yang lain.

Kita ikutilah apa perkembangan seterusnya. Yusoff yang sedang menghadapi dakwaannya terhadap Anwar atas tuduhan jenayah seksual — tiba-tiba ditemukan dadah yang cukup besar jumlahnya untuk ke tali gantung dan 2 pucuk pistol (bukan sepucuk), di dalam keretanya.

Yusoff menafikan barang-barang itu miliknya.

Terlalu banyak “tiba-tiba” atau sudden atau mengejut atau mendadak atau sekonyong-konyong di negara kita sekarang.

Entahlah…
ZAINI HASSAN
BEBAS NEWS


1 ulasan:

  1. Agama peliwat memang begitu. Setiap hari tau bohong, menipu dan meliwat saja.

    BalasPadam