Isnin, 23 September 2024

PARAS AIR LAUT MAKIN NAIK



Glasier Thwaites mencair lebih cepat, menaikkan paras laut

LONDON : Aksi pasang surut di bahagian bawah Glasier Thwaites di Antartika semakin sukar dielakkan, sekali gus mempercepatkan pencairannya pada abad ini, menurut penyelidikan terbaru oleh saintis Britain dan Amerika Syarikat (AS).

Penyelidik memberi amaran pencairan lebih cepat boleh menjejaskan kestabilan keseluruhan kepingan ais di Antartika Barat, sehingga akhirnya mengakibatkan ia runtuh.

Glasier bersaiz sebesar wilayah Florida di AS itu, menarik minat saintis ekoran kadar kelajuan pencairannya yang pantas serta kesannya terhadap paras laut.


Thwaites juga bertindak sebagai sauh yang menahan kepingan ais Antartika Barat.

Lebih dua kilometer (km) tebal di beberapa bahagiannya, Thwaites diibaratkan seperti gabus dalam botol. Sekiranya ia runtuh, paras laut akan meningkat sehingga 65 sentimer (sm).

Itu satu peningkatan besar, memandangkan lautan kini sudah meningkat 4.6 milimeter (mm) setahun. Namun, jika keseluruhan kepingan ais itu hilang, paras laut akan meningkat 3.3 meter (m).

Kerjasama Antarabangsa Glasier Thwaites (ITGC) dalam laporannya menyebut, biarpun beberapa model komputer mencadangkan pengurangan dalam pelepasan gas rumah hijau di bawah Perjanjian Paris 2015 boleh mengurangkan kecairan glasier, namun keadaan glasier kekal 'suram'.

ITGC adalah sebuah projek yang melibatkan pengkaji dari Pemantauan British Antartika (BAS), Yayasan Sains Kebangsaan AS serta Majlis Penyelidikan Alam Sekitar Semulajadi kebangsaan United Kingdom.

Thwaites mengalami pencairan selama lebih dari 80 tahun, namun proses itu bertambah cepat dalam tempoh 30 tahun terakhir ini, menurut seorang ahli geofizik maritim yang terbabit dalam kajian itu, Rob Larter.

"Penemuan kami menunjukkan ia akan terus mencair lebih banyak lagi cepat," katanya dalam kenyataan.

Menggunakan robot berbentuk torpedo, saintis menentukan bahawa bahagian bawah Thwaites dilindungi oleh lapisan nipis air sejuk.

Namun, di kawasan di mana bahagian glasier terangkat ke dasar laut dan ais mula terapung, aksi pasang surut mengepam air laut lebih panas bertekanan tinggi, sejauh 10 kilometer (km) di bawah ais.

Proses ini mengganggu lapisan penebat dan mungkin akan mempercepat perubahan di zon bawah secara ketara, kawasan di mana glacier yang terapung di atas dasar laut mula mencair.

Proses sama sudah diperhatikan pada glasier di Greenland.

Kumpulan itu juga meramalkan senario terburuk di mana tebing ais setinggi 100 meter atau lebih tinggi di hadapan Thwaites terbentuk, mula mencair, sekai gus berupayab menaikkan paras laut berpuluh-puluh sm pada abad ini.

Soalan utama yang belum terjawab ialah sama ada kecairan Glacier Thwaites sudah tidak dapat dipulihkan.

Seorang saintis iklim di Universiti Colorado di Boulder dalam taklimat media menyatakan salji lebat, contohnya yang kerap berlaku di Antartika, boleh membantu mengawal kehilangan ais.

"Masalahnya ialah kita mempunyai ketidakseimbangan ini. Terdapat lebih banyak kehilangan ais berlaku daripada salji yang boleh mengimbanginya," katanya.

Peningkatan kelembapan di atmosfera disebabkan oleh pemanasan global yang menyejatkan air laut, menghasilkan lebih banyak salji Antartika, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu ini.

Bagaimanapun, pada satu ketika, ia dijangka berubah menjadi hujan dan pencairan permukaan di atas ais, mewujudkan keadaan di mana glasier mencair dari atas dan bawah.

Seberapa pantas ia berlaku sebahagiannya bergantung pada tahap kemajuan negara untuk memperlahankan perubahan iklim. - AGENSI

AWAS

PARAS AIR LAUT

MAKIN NAIK

AMIN

SEMUA PROJEK

TAMBAK LAUT

AKAN HANCUR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan