Khamis, 26 September 2024

PARLIMEN BUBAR - PRU BULAN NOVEMBER



Parlimen Sri Lanka bubar, PRU dijadualkan 14 November

ISTANBUL: Presiden baharu Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake, membubarkan Parlimen lewat semalam dengan pilihan raya umum (PRU) dijadualkan berlangsung pada 14 November depan.

Menurut laporan Agensi Anadolu, satu notis daripada Pejabat Presiden memaklumkan penamaan calon akan diadakan dari 4 hingga 11 Oktober ini.

Parlimen ketika ini dipilih pada 2020 dan pilihan raya baharu sepatutnya diadakan pada Ogos tahun depan.

Dissanayake yang juga dikenali sebagai AKD, menewaskan Presiden terdahulu, Ranil Wickremesinghe, dan Ketua Pembangkang, Sajith Premadasa, pada pilihan raya yang diadakan hujung minggu lalu. Beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Eksekutif Kesembilan Sri Lanka, Isnin lalu.

AKD melantik tokoh intelektual awam dan akademik terkemuka, Harini Amarasuriya, sebagai Perdana Menteri pada awal Selasa serta menubuhkan Kabinet kecil sehingga pilihan raya baharu diadakan.

Beliau dijangka berucap kepada negara, hari ini, untuk memperkenalkan dasar-dasarnya. Pilihan raya yang diadakan pada Sabtu lalu adalah yang pertama sejak Sri Lanka diisytiharkan muflis pada April 2022.

AKD dijangka menurunkan harga barangan dengan mengurangkan beberapa cukai tidak langsung, selain merancang untuk menurunkan harga minyak dan elektrik bagi merangsang ekonomi negara.– BERNAMA-ANADOLU

POLITIK BARU

 SRI LANGKA

AMIN

PRESIDEN DARI

GARIS KIRI

AMIN

APAKAH AMERIKA

AKAN BENARKAN

BERTERUSAN

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan