Tentera Israel serbu pejabat Al Jazeera, arah operasi ditutup 45 hari
DOHA: Stesen televisyen satelit Qatar, Al Jazeera, mendakwa Israel menyerbu pejabatnya di Ramallah di Tebing Barat hari ini dan mengeluarkan perintah penutupan selama 45 hari.
Minggu lalu, kerajaan Israel mengumumkan bahawa mereka akan menarik balik akreditasi media wartawan Al Jazeera di negara itu, iaitu empat bulan selepas mengharamkan saluran terbabit daripada beroperasi di Israel.
"Terdapat keputusan mahkamah untuk menutup Al Jazeera selama 45 hari," kata seorang tentera Israel kepada Ketua Biro Al Jazeera di Tebing Barat, Walid al-Omari, menurut laporan rangkaian terbabit dengan memetik perbualan yang disiarkan secara langsung.
"Saya meminta anda mengambil semua kamera dan meninggalkan pejabat ini dengan segera," kata askar terbabit, menurut rakaman yang menunjukkan pasukan bersenjata dan bertopeng memasuki pejabat di Ramallah.
Al-Jazeera mendakwa pasukan tentera berkenaan bagaimanapun tidak memberikan sebarang sebab bagi perintah penutupan terbabit.
Menurut Omari, perintah penutupan itu telah menuduh Al Jazeera melakukan hasutan dan sokongan terhadap keganasan.
"Menyasarkan wartawan dengan cara ini adalah bertujuan untuk menghapuskan kebenaran dan menghalang orang ramai daripada mendapatkan kebenaran," katanya.
Tentera Israel bagaimanapun tidak segera memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara berkenaan.
Israel sebelum ini telah lama berselisih dengan Al Jazeera dan semakin yang semakin memburuk sejak perang antara Israel dan Palestin tercetus pada Oktober tahun lalu.
Tentera Israel berulang kali menuduh wartawan dari Al Jazeera sebagai ejen pengganas di Gaza yang mempunyai kaitan dengan Hamas dan sekutunya. - AFP
Apa saja yg bertentanngan d halang pasai apa dok syok sendiri mcm tu?kuat dan maju konon pelawak internasional cap chicken kahkahkah
BalasPadam