4 pegawai JAIM ditukar, dipecat mengaku papar pemimpin politik video khutbah Jumaat
MELAKA: Empat pegawai termasuk seorang Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah dikenakan tindakan tatatertib susulan kecuaian memasukkan gambar pemimpin politik dalam paparan video khutbah Jumaat di negeri itu, minggu lalu.
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata tindakan termasuk memecat dan menukar jawatan itu diambil berikutan kecuaian berkenaan menimbulkan keresahan serta rungutan awam sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Islam di negeri terbabit.
Dalam masa, katanya, JAIM memberi jaminan kesilapan seumpama itu tidak akan berulang, malah menganggap isu berkenaan sudah selesai.
"JAIM secara tuntas sudah menjalankan siasatan dan didapati kejadian (paparan gambar seorang pemimpin pembangkang) memang benar berlaku dan mereka yang terbabit sudah mengaku meletakkan gambar pemimpin berkenaan.
"Justeru, JAIM memohon maaf atas kesilapan beberapa pegawai yang menyiapkan paparan serta info grafik berkenaan dan tindakan tatatertib sudah diambil ke atas mereka termasuk memberhentikan dan menukar perjawatan mereka ke jabatan serta daerah lain.
"Ia satu kesilapan besar dan tindakan ke atas mereka adalah wajar. Saya harap tidak berlaku lagi selepas ini," katanya selepas menghadiri perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Al- Al-Qusyairi Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas, di sini yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, dekat sini, hari ini.
Khutbah Jumaat minggu lalu mencetuskan perdebatan hangat apabila paparan dan info grafik khutbah dikendalikan JAIM yang disiarkan di papan layar di semua masjid itu memaparkan wajah seorang ketua parti pembangkang.
Khutbah bertajuk `Negaraku, Tanah Airku' itu disediakan Bahagian Pengurusan Masjid JAIM bersempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.
Wajah pemimpin pembangkang berkenaan diletakkan bersebelahan dengan sepotong ayat berbunyi "Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia'.
Dalam paparan berasingan, turut terdapat wajah Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa digantikan dengan gambar Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Keadaan itu menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan pengguna media sosial kerana agensi kerajaan negeri sendiri didakwa seolah-olah tidak mengemas kini info pentadbiran baharu selain dikatakan tidak cakna dengan larangan penyebaran agenda politik di masjid dan surau.
Susulan itu, JAIM dalam satu kenyataan membuat permohonan maaf atas kekhilafan berkenaan dan menjelaskan terdapat ralat dalam info grafik yang disediakan pihaknya.
Jabatan itu turut menarik balik info grafik terbabit dengan serta-merta dan mengarahkan semua pengerusi masjid dan surau Jumaat untuk menurunkan, memadam dan tidak menyebarkan paparan berkenaan atau sebarang dokumen berkaitannya untuk apa-apa tujuan.
PRU 16 pastikan tawan Parliament Tambun
BalasPadamYesss PRU 16 Parliament Tambun menangis
Silap haribulan lu akan dijatuhkan hukuman sula kerana makan tido berak kencing dgn anjing3 tak saman. Taraf Lu adalah sial tak layak bercampur dgn orang ramai kerana najis.
BalasPadam