Rabu, 4 September 2024

PERANG GAZA HAMPIR SATU TAHUN



AS buka dakwaan 'keganasan' terhadap pemimpin Hamas


NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) semalam mula membongkar rangkaian 'keganasan' dan mensabitkan tuduhan lain terhadap enam pemimpin Hamas yang terbabit dalam serangan pada 7 Oktober lalu ke atas Israel.

Dokumen pertuduhan bertarikh 1 Februari itu menyasarkan enam pemimpin kumpulan itu termasuk Ketua Biro Politiknya, Hamas Yahya Sinwar dan allahyarham pemimpin politik, Ismail Haniyeh, yang dibunuh pada akhir Julai di Tehran.

Mereka dituduh 'berkonspirasi untuk memberikan sokongan material untuk tindakan keganasan yang mengakibatkan kematian' bersama enam pertuduhan lain.

Menurut kenyataan seorang pegawai Jabatan Kehakiman AS, pertuduhan difailkan di bawah meterai 'meletakkan AS sedia menahan' Haniyeh dan defendan lain.

Pegawai itu memetik kematian Haniyeh, yang disifatkan Hamas dan Iran sebagai dibunuh oleh Israel dan 'mencetuskan perkembangan perang terbaharu di rantau itu', sebagai antara alasan kenapa kes itu dibuka semula.

Hamas, yang disenaraikan sebagai 'pertubuhan pengganas' oleh Washington sejak 1997, melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober tahun lalu, sehingga ia mencetuskan perang kejam yang berterusan di Semenanjung Gaza yang dikawal oleh kumpulan pejuang Palestin.

"Pembongkaran pertuduhan hari ini (semalam) hanya sebahagian daripada usaha kami menyasarkan setiap aspek operasi Hamas. Iini bukan tindakan terakhir kami," kata Peguam Negara AS, Merrick Garland dalam satu kenyataan.

Garland berkata, pihak berkuasa AS juga sedang menyiasat pembunuhan seorang warga Israel-AS, Hersh Goldberg-Polin, 23 yang dijadikan tebusan oleh Hamas pada 7 Oktober.

Kematian Hersh diumumkan pada hujung minggu lalu bersama lima tebusan lain.

"Kami sedang menyiasat pembunuhan Hersh dan menganggap setiap pembunuhan kejam Hamas terhadap rakyat AS sebagai satu tindakan keganasan," katanya.

Turut didakwa bersama Sinwar dan Haniyeh ialah bekas ketua komander Briged al-Qassam, Mohammad Al-Masri, dipercayai dibunuh pada Julai lalu dan Timbalan Komander Briged al-Qassam, Marwan Issa, juga dipercayai maut Julai lalu.

Tindakan mahkamah AS itu turut menamakan Ketua Pejabat Diaspora Hamas, Khaled Meshaal, iaitu kumpulan bertanggungjawab untuk mengawasi kehadiran Hamas di luar Gaza, yang berpangkalan di Qatar.

Pejuang terakhir yang didakwa ialah Ketua Perhubungan Nasional Hamas, Ali Baraka, yang juga berpangkalan di luar Gaza.

Dalam pada itu, komander Israel percaya Sinwar, 61, yang paling dikehendaki, bersembunyi dalam rangkaian terowong bawah tanah dibina Hamas, yang berselirat di seluruh Semenanjung Gaza.

Serangan 7 Oktober lalu ke atas Israel mengakibatkan kematian 1,205 warga Israel, kebanyakannya orang awam dan tebusan yang diculik, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Serangan balas Israel terhadap Hamas setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 40,819 orang di Gaza, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu. - AFP


PERANG GAZA

HAMPIR 1 TAHUN

AMIN

GERILA HAMAS

MASIH BERTAHAN

AMIN

HIZBULLAH MASIH

MENYERANG

AMIN

HOUTHI MASIH

MENYERANG

AMIN

YANG GUGUR

JADI SYAHID

PERANG TETAP

DI TERUSKAN

KHALAS

3 ulasan:

  1. Nevin Tan , Jho Low Dan Tokey Judi Haram Datuk Kenny sampai sekarang senyap kaya raya sakau billion billion... Seko babi tak kena tangkap...

    Semua Babi buat tarian penyapu masa Merdaka Day lagi... Babi bawak penyapu sakau billion billion

    Kah kah kah

    Ikan buntal kata keturunan pemburu maha habak kata nyerr

    Ikan buntal kalau kencing dlm air batal air sembahyang tak..

    jgn mare haahh tanye jer..



    Kikikikiki


    Buntal ooh buntal

    KHALAS

    BalasPadam
  2. Itu kepercayaan awak saja, siapa sudah lihat siapa sudah pergi tengok kah kah kah cakap jual ubat minyak kote keras selalu kah kah kah

    BalasPadam
  3. Cuba tanya amerika...apa pasal hantar tentera dia duduk dekat syria dan iraq. Negara nenek dia ke????

    BalasPadam