Rabu, 25 September 2024

PERANG TIMUR TENGAH BAWA PERANG DUNIA



Hezbollah tidak berganjak, ancam tingkatkan serangan ke atas Israel

LUBNAN – Israel dan Hezbullah saling mengancam untuk meningkatkan serangan rentas sempadan pada hari Ahad, walaupun rayuan antarabangsa menggesa mereka berundur.

Tentera Israel berkata, kira-kira 150 roket, peluru berpandu dan peluru lain ditembak ke wilayahnya semalaman pada hari Sabtu dan awal Ahad – kebanyakannya dari Lubnan.

Dakwanya, ada bedilan yang mencapai lebih jauh daripada serangan sebelumnya, menyebaban beribu-ribu warga Israel terpaksa berlindung di tempat perlindungan dan kediaman di bandar Haifa mengalami kerosakan.

Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di selatan Lubnan, yang dikatakan memusnahkan beribu-ribu pelancar roket Hezbollah.

Pada hari Ahad, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel akan mengambil “apa sahaja tindakan yang perlu untuk memulihkan keselamatan” dan mengembalikan orang ramai dengan selamat ke rumah mereka di sepanjang sempadan Israel-Lubnan.

Dia berkata, Israel telah melakukan “rangkaian bedilan ke atas Hezbollah yang tidak dapat dibayangkan”.

Tetapi Timbalan Ketua Hezbollah, Naim Qassem mengisytiharkan: “Ancaman tersebut tidak akan menghalang kami… Kami bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan ketenteraan”.

Bercakap pada majlis pengebumian Ibrahim Aqil, seorang komander berpangkat tinggi Hezbollah yang terbunuh dalam serangan Israel, Jumaat lalu ke atas ibu kota Lubnan, Beirut, beliau berkata: “Kami telah memasuki fasa baharu, iaitu perhitungan terbuka” dengan Israel.

Setiausaha Hezbollah, Sheikh Nadeem Qassem pula berkata, Israel telah gagal dalam semua matlamatnya dan berikrar akan memastikan lebih ramai penduduk di utara Israel akan ditolak keluar dari rumah mereka.

Hezbollah turut memberi amaran bahawa Israel telah gagal mematahkan penentangan dan hubungan kumpulan itu dengan Gaza. – Agensi

PERANG GAZA

PERANG LEBANON

AKAN MEMBAWA

PERANG DUNIA

KE TIGA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan