Jumaat, 13 September 2024

PERJUANGAN PATANI MERDEKA !!!



Waran tangkap untuk bekas anggota keselamatan berhubung kematian 85 penunjuk perasaan

BANGKOK: Mahkamah Thailand mengarahkan bekas komander tentera hadir ke mahkamah dan mengeluarkan waran tangkap terhadap enam pesara anggota keselamatan kanan, hari ini.

Ia susulan ketidakhadiran mereka pada perbicaraan dalam tuntutan jenayah berhubung kematian 85 penunjuk perasaan Islam dua dekad lalu.

Bekas komander berkenaan, Pisan Wattanawongkiri, yang kini menjadi Ahli Parlimen untuk Parti Pheu Thai yang disokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra sebaliknya tidak mempunyai waran tangkap sebelum ini kerana disifatkan mempunyai kekebalan Parlimen.

Malah Pisan hanya dipanggil untuk menghadiri perbicaraan seterusnya pada 15 Oktober.

Kesemua mereka dituduh terbabit dalam kes pembunuhan dan penahanan yang menyalahi undang-undang kerana kesalahan mengendalikan demonstrasi 2004 di bandar Tak Bai, apabila tujuh penunjuk perasaan maut akibat tembakan dan 78 lagi mati ketika berhimpit-himpit di dalam trak tentera.

Saman itu dilakukan oleh keluarga 48 mangsa, diterima mahkamah pada Ogos, hanya dua bulan lagi daripada tamat statut had pada 25 Oktober.

Menurut dokumen yang dilihat oleh Reuters dari mahkamah di Narathiwat, waran tangkap dikeluarkan untuk semua kecuali Pisan, yang mempunyai kekebalan Parlimen dan dipanggil untuk menghadiri perbicaraan seterusnya pada 15 Oktober.

Menurut peguam mangsa, Rassada Manurassada, sekiranya tertuduh tidak hadir pada perbicaraan seterusnya, mahkamah berkemungkinan akan mempunyai lebih banyak langkah supaya proses keadilan dapat diteruskan.

Kerajaan Thailand pada masa itu menyatakan kekesalan terhadap kematian di Tak Bai tetapi menafikan salah laku, manakala polis pada mulanya mendakwa beberapa penunjuk perasaan bersenjata.

Tindakan keras di Tak Bai berlaku ketika ia berada di bawah undang-undang tentera dan menjadi satu insiden paling maut semasa pemberontakan pemisah yang kembali menyala pada tahun yang sama dan sejak itu membunuh lebih 7,600 orang. - REUTERS

INI PERJUANGAN

PATANI MERDEKA

AMIN

SAMA SEPERTI

PERJUANGAN

PALESTIN 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan