Rabu, 18 September 2024

RUSIA KUTUK ISRAEL


Alat kelui meletup di Lubnan: Russia kecam serangan, anggap tindakan perang hibrid

MOSCOW: Kementerian Luar Russia menegaskan serangan maut yang menyaksikan ratusan alat kelui digunakan anggota kumpulan Hizbullah di Lubnan meletup serentak sebagai tindakan perang hibrid.

Beberapa sumber termasuk pegawai kanan keselamatan Lubnan memberitahu Reuters bahawa agensi pengintip Mossad Israel memasang bahan letupan dalam 5,000 alat kelui yang diimport kumpulan Hizbullah di Lubnan beberapa bulan sebelum letupan berlaku.

Serangan itu menyaksikan ribuan alat kelui meletup di seluruh Lubnan, membunuh sembilan orang dan mencederakan hampir 3,000 yang lain, termasuk pejuang kumpulan itu dan utusan Iran ke Beirut.

"Kami menganggap apa yang berlaku sebagai satu lagi tindakan peperangan hibrid terhadap Lubnan, yang merugikan ribuan orang yang tidak bersalah.

"Nampaknya penganjur serangan berteknologi tinggi ini sengaja berusaha untuk mencetuskan konfrontasi bersenjata berskala besar untuk mencetuskan perang besar di Timur Tengah," demikian kata jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova melalui satu kenyataan.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan agensi perisikan Israel, Mossad masukkan sejumlah kecil bahan letupan dalam 5,000 alat kelui buatan Taiwan yang dipesan oleh kumpulan Hizbullah Lubnan.

Hizbullah yang disokong Iran berikrar untuk bertindak balas terhadap Israel, yang mana tenteranya enggan mengulas mengenai letupan itu.

Dalam pada AFP memetik kenyataan Zakharova berkata, Russia mengecam serangan maut yang menyaksikan ratusan alat kelui digunakan anggota kumpulan Hizbullah meletup serentak di Lubnan itu.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak pernah terjadi sebelum ini terhadap kerukunan Lubnan dan rakyatnya, yang merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan negara tersebut.

"Ia cabaran serius terhadap undang-undang antarabangsa melalui penggunaan senjata tidak konvensional," katanya. - AGENSI

RUSIA KUTUK

IREAL YANG

SERANG LEBANON

AMIN

DUNIA SEMUA

MENUNGGU

APA  TINDAK

BALAS 

HEZBULLAH

AMIN  

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan