Selasa, 17 September 2024

SAPA AHLI FREEMASON DALAM KERAJAAN ?


Saifuddin

 Nasution ‘serang’

Hadi Awang, 

bidas

  Muktamar Pas
PUTRAJAYA — Menteri Dalam Negeri  Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Muktamar Tahunan Ke-70 Pas, sebagai kemuncak politik kebencian yang membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun dalam Pas di bawah kepemimpinan  Abdul Hadi Awang

Katanya, Pas di bawah pimpinan Abdul Hadi sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal yang diasaskan tokoh terdahulu dan menyifatkan di bawah kepemimpinan sekarang, Pas mengalami kemerosotan dan Ahli Parlimen Marang itu sinonim dengan politik kebencian serta menyemarakkan fenomena takfir di negara ini.

“Lidahnya tidak letih mencaci-cerca saingannya dan sangat liberal menggunakan label kafir, nifaq, ejen Barat, Freemason dan lain-lain lagi terhadap mereka yang tidak disukainya.

Cacian, kebencian dan angan-angan inilah yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi mereka pada Muktamar itu.

“Sementara Rasulullah mewujudkan Piagam Madinah untuk menyatukan semua penduduk Madinah dan mengisytiharkan yang Islam dan bukan Islam sebagai satu ummah, Abdul Hadi sentiasa bertindak sebaliknya dengan melaga-lagakan antara rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Sementara Rasulullah menyampaikan risalahnya dengan mau’idzah dan hikmah, Abdul Hadi didorongi kebencian dan kemarahan serta membudayakan caci cerca, herdik mengherdik dan memaki hamun di dalam Pas,” kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, umat Islam di Malaysia menghadapi pelbagai masalah seperti penagihan dadah, keganasan domestik, rasuah, kemiskinan dan antara yang paling ramai dijangkiti HIV, namun Pas dan Abdul Hadi ketandusan idea dalam isu mendesak itu, sebaliknya lebih fokus dan berangan-angan ingin merampas kuasa kerajaan dan mengabaikan agenda hudud yang dilaung sebagai prinsip Pas.

“Adakah ahli PAS sedar bahawa di sebalik hujah disaluti Al-Quran dan hadis adalah sikap dan tindak tanduk yang sebenarnya menyeleweng daripada ajaran Islam?

“Adakah pengikut dan pemimpin Pas sedar bahawa nilai, pendirian, risalah dan pendekatan mereka semakin menyerupai golongan Khawarij dan Abdul Hadi bertanggungjawab sepenuhnya menyemai nilai dan amalan ini sejak 40 tahun dahulu?” katanya dalam kenyataan tiga muka surat itu.

Saifuddin Nasution berkata, pemimpin Pas sering mendakwa diri sebagai ulama yang mengemudi kerajaan hidayah namun semasa Pas dalam kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022, tiada usaha yang diambil untuk mengharamkan arak dan perjudian di negara ini.

“Ini membuktikan Pas sebenarnya lompong dan ketandusan idea dalam memimpin dan membangunkan negara. Kegagalan ini jelas apabila rakyat terpaksa memulakan Kempen Bendera Putih untuk membantu sesama sendiri (ketika pandemik Covid-19),” katanya.

Beliau berkata walaupun Pas sering mengkritik Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan  Anwar Ibrahim, perjuangan kerajaan tidak akan terhenti dan akan terus berusaha meningkatkan ekonomi negara demi membantu rakyat dan ia terbukti membuahkan hasil.

“Kita harus mengelakkan retorik yang memecah belah dan mengutamakan dialog konstruktif untuk menangani cabaran negara.

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kenyataan perlu berdasarkan fakta dan membawa perpaduan, bukan perpecahan. Kita juga harus kritis dalam menilai penggunaan agama, membezakan antara kepentingan politik dan kebaikan ummah secara tulen,” katanya.— BebasNews

    WOIT

SATU MASA

DULU SAIFUDIN

INI AHLI PAS

AMIN

PASTI DIA TAHU

CARA TAKTIK

PAS

KAH KAH KAH 

 SAPA AHLI

 FREEMASON 

DI MALAYSIA? 

JENG JENG JENG

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan