Selasa, 10 September 2024

UMNO TERUS TIBAI DAP



Jangan cabar hak umat Islam - Exco Pemuda UMNO
SHAH ALAM : Tindakan Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen mengkritik Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, dalam isu pensijilan halal adalah satu penghinaan kepada sensitiviti agama dan umat Islam di negara ini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO ,  Fariz Hazurin Ismail berkata, Dr Muhamad Akmal mengambil tindakan tepat apabila menempelak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang biadab mempertikaikan usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung proses pensijilan halal.

Malah, katanya tindakan pemimpin DAP itu jelas melanggar teras kepercayaan dan amalan umat Islam.

"Teresa tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan agama yang tidak ada kena-mengena dengannya, lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu jelas menghina dan mencabar maruah serta sensitiviti umat Islam.

"Kritikan Kelvin pula bukti bahawa beliau sama sekali gagal memahami atau menghormati kepentingan dan hakikat isu halal yang suci bagi umat Islam di Malaysia ini!

"Tindakan Yang Berhormat Dr Muhamad Akmal menegur Teresa bukan saja wajar, malah perlu dipuji kerana beliau tegas mempertahankan hak dan kepentingan agama Islam serta majoriti rakyat negara ini.

"Kita tidak perlukan pemimpin yang seperti Kelvin, yang hanya tahu membela pihak yang terang-terangan mencemarkan dan memperlekehkan urusan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fariz Hazurin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang berkata, seandainya bahasa Dr Muhamad Akmal dilihat keras, itu kerana beliau berani mempertahankan prinsip yang seharusnya tidak boleh dikompromi.

"Teresa dan mereka yang seangkatan dengannya perlu sedar, jangan sekali-kali mencabar kesucian dan hak umat Islam.

"Ini kerana ia hanya akan membawa kepada perpecahan dan ketegangan yang boleh menggugat kestabilan serta keharmonian negara kita yang tercinta ini," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Teresa dalam satu kenyataan di media sosial menyatakan pelaksanaan pensijilan halal harus bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Reaksi kepada kenyataan itu, Dr Muhammad Akmal menempelak tindakan Teresa.

Beliau menyifatkan Teresa sebagai 'nyonya tua' dan meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin itu.

Kelvin menganggap kenyataan Dr Muhamad Akmal itu biadab kerana mengeluarkan kenyataan yang bersifat seksis dan misoginis terhadap Teresa.

Beliau berkata, Dr Muhamad Akmal seharusnya menentangnya dengan fakta dan hujah dan bukan mengejek panggilan nama pemimpin lain.

WOIT

PEMUDA UMNO

JELAS TAK SOKONG

ZAHID YANG

PRO DAP

AMIN

SIJIL HALAL

INI AKAN NAIKKAN

SAHAM UMNO

KAH  KAH KAH

AMIN

AHLI UMNO

SERANG DAP

SAMA  SEPERTI

AHLI UMNO

SERANG ZAHID

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan